So, aku pun tak pasti sama ada nak buat post ni ataupun tidak. Kalau nak ikutkan, takde siapa pun yang baca atau peduli. Heh, aku sendiri pun malas nak update. But, you know what? We live only once, so dalam malas tak malas tu - aku updatekan juga kat blog ni. You know, sebagai kenang-kenangan di masa senggang... huhu.
Januari lepas, aku dengan the fam visited Penang untuk pertama kali. Well, not entire Penang - just around area Georgetown je. Honestly, aku pun tak pasti macam mana nak fully visit Penang dalam masa dua hari, tapi adalah plan untuk melawat beberapa tempat seperti Penang Hill, Wonderfood Museum dan Padang Kota Lama. Also, aku dan family bukanlah jenis kaki berjalan sangat so actually nak lawat tiga tempat tu pun dah cukup banyak. Lokasi ini semua dipilih berdasarkan rating dan pengalaman orang yang dah pernah singgah ke Penang. Best tak best, kejap lagi aku habak mai...
Jadi, hari pertama tiba di Georgetown, Penang - jom kita check in dulu. Kami menginap di sebuah hotel yang bernama Merchant Hotel. Hotel ini agak kecil dan sempit, but style dan vibes dia not bad. Gambar berikut merupakan pemandangan dari luar hotel;
View sekitar Georgetown Penang yang di penuhi dengan bangunan baru dan lama. Sekali tengok macam dah dekat Melaka je rupanya. |
Disebabkan aku telah dipaksa untuk navigate, sampai je area Penang kepala dah pusing. Kota Penang yang aku tak tahu adalah sebenarnya saudara rapat bagi trafik di KL. Kalah traffic kat Melaka wa cakap lu meskipun kedua-duanya merupakan negeri-negeri Selat. Jalan yang jam-packed dan berpusing-pusing telah mencetuskan argument yang kurang enak di dalam kereta. Hasilnya adalah aku memerap dalam bilik air hotel selama sejam untuk 'reflect about life' dan lepas rasa a little bit better - barulah aku turun ke lobby untuk capture a few selfies...
Kebetulan baju yang aku pakai hari tu coincidence with upcoming Chinese New Year. Serious tak plan. But it looks good on this picture. |
Keaadan di luar hotel di waktu malam tiba. Upcoming Chinese New Year telah mendorong hotel ini untuk decorate tip top hotel mereka. They go all out, I tell you. The details are amazing! |
Dinner di Restoran Sup Hammed. Tak sah ke Penang kalau tak pekana Nasi Kandar kan? |
Jujur cakap, aku tak minat kari. Sebagai anak jati Melaka yang berjiran dengan Negeri Sembilan, tekak ku dah terbiasa dengan asam pedas bersama masak lomak cili api je. Tapi, dah datang Penang ni, aku kira kurang sopan kalau tak mencuba Nasi Kandar lalu aku dan the fam pun melangkah ke restoran Nasi Kandar yang paling hampir dengan hotel kami. Aku order Nasi Kandar paling basic berserta sup ayam. Sebaik sahaja nasi disuapkan ke dalam mulut, segala macam explosion of taste telah pun berlaku. Tastebud aku terperanjat sikit dengan rasa karinya pekat dan padu. Langsung tak sama dengan kari yang aku biasa makan di kedai kerana kari yang dicedok terdiri daripada 3-4 jenis. The same goes with the chicken soup. Kuahnya amat pekat sampai melekat ke anak tekak. Siap diberi roti lagi. Yang sedihnya adalah by the time aku habis makan nasi, kapisiti perut aku sudah full. Maka tak boleh nak habiskan roti tersebut.
Okay, let's talk about the next day. Oleh kerana traffic-jam dan masalah komunikasi yang telah berlaku semalam, kami memilih untuk menaiki grab untuk ke setiap lokasi. Every journey cost about RM6.00-10.00. Better lah naik grab je dari gaduh pasal navigation yang tak berkesudahan (serious macam bodoh je) serta menjimatkan masa mencari parking. Lokasi yang pertama adalah Penang Hill. Memang hassle free. Mujurlah pemandu Grab di Penang yang rata-ratanya berbangsa Cina ini peramah dan cool je, so kami bagi rating 5 star hehe...
Sebelum naik kena swipe kad ini dulu. Mohon tunjukkan I/C bagi mendapatkan extra diskaun, ya. Juga, make sure jangan hilangkan sebab nak turun balik pun masih akan mengunakan kad yang sama. |
Aku dan my bro duduk kat paling depan sekali sebab nak tengok view sekitar Penang dari atas. Serius, gayat... haha |
Sebaik sahaja turun dari train, aku dan family aku telah berpecah. Bukan sengaja, tapi sebab ramai sangat yang naik train tu juga - aku pun tak tahu semua dah kemana. Hampir sepuluh minit baru jumpa balik, so yang bawa anak-anak kecil atau orang tua - please keep your eyes on them. Karang tak pasal jadi program jejak kasih pula kat atas tu.
Skodeng adik aku daripada atas tangga. |
Also, aku perasan banyak betul tangga dekat Penang Hill ni. So, pastikan kasut yang korang pakai tu selesa ya? Also, jangan bawa makanan atau benda berat-berat sebab banyak lagi kawasan yang korang nak jejak. Nak explore pakai buggy car boleh tapi bagi aku taklah seseronok explore by feet.
Banyak juga tumbuh-tumbuhan dan bunga yang ada di sekitar kawasan ni. |
Tangga ke kuil yang terletak di atas puncak Penang Hill. Aku tak breakfast lagi, so untuk mengalas perut minum dululah milk coffee jenama Binggrae dari Korea ni haa |
Selepas menghabiskan masa hampir sejam lebih di Penang Hill, kami pun menuju ke lokasi yang seterusnya iaitu Wonderfood Museum. Museum ni dibuka hampir setiap hari (kecuali hari Public Holiday). Tiket masuk pula berbeza-beza harga; Child/Student/Senior Student adalah RM10.00 manakala adult pula RM15.00.
Tiket masuk ke Wonderfood Museum ini. |
Tengah posing bersama nasi beriani gam I think. Tahap craving aku semakin kuat pula bila tengok ayam tandoori tiga ketoi nih. |
Puas bergambar dengan lauk-pauk tempatan, marilah kita beralih pada 'World's Most Expansive Foods' pula. Dining area yang tampak luxurious membuatkan anda rasa seperti berada di sebuah restoren hotel mewah. Sad news tho... Makanannya hanyalah replika sahaja. Jangan cuba-cuba ambil masuk mulut tau wahai adik-adik nakal sekalian.
Burger bersadur emas yang kononnya mencecah harga USD200. Kalau wujud kat Malaysia kau nak cuba? |
Confectioneries with miniature people pun ada jugak. So adorable. |
Whoopss, habis berselerak makanan atas meja ni tapi bukan aku yang buat ya. It was designated that way. Best plak tengok makanan ni floating ala-ala defying gravity. |
Hah, seronok-seronok juga tapi let's take some time untuk menghayati the dark side of culinary world. Ratusan ikan jerung telah dikorbankan hampir setiap tahun bagi menyediakan sebuah hidangan yang bernama 'Shark Fin Soup'. Hidangan ini dikatakan boleh menaikkan nafsu ****, melembutkan kulit wajah, mengurangkan risiko sakit jantung serta kolestrol malahan boleh juga melawan kanser. Tapi sampai kini masih belum ada bukti saintifik yang menyokong semua ini. Hidangan yang biasanya dihidangkan di majlis perkahwinan dan pesta keramaian masyarakat kaum Cina ini juga semakin hilang peminatnya kerana sudah mula timbul kesedaran mengenai kepupusan ikan jerung dek hidangan ini.
Poor thing. Mujur aku tak suka sup-sup yang diperbuat daripada ikan ni. Kalau tak dah pasti aku dah menambah pada statistik. |
Selesai melawat Wonderfood Museum, perut pun dah mula berkeroncong jadi kami ke Padang Kota Lama pula. Dengarnya ada banyak makanan local Penang yang best-best kat situ. Aku ni daripada dulu memang teringin nak merasa Keow Teow made in Penang dengan pasembur dia. Dan hasilnya... amatlah tak mengecewakan. Aku suka keow teow dia tapi yang paling tak disangka adalah pasembur rojak dia yang memang sedap gila. Manis-manis crunchy gitu... Sampai laa ni pun aku masih tak boleh lupakan kesedapan dia *terliur*. Next time ke Penang, pasti aku nak order lagi.
Laksa Penang pun sedap jugak tapi sebab aku dah kenyang makan keow teow, aku biarkan je mak aku habiskan. Pasembur tu lak kami share sesama. Pergh, sedap gila wa cakap lu.... |
Okey, confession... Masa aku jalan-jalan kat sekitar kawasan hotel aku ternampak beberapa bangunan lama yang persis seperti bangunan yang ada di Melaka. Di Melaka bangunan-bangunan lama ini kebanyakannya sudah dibaikpulih jadi happy pula aku bila nampak bangunan lama di Penang pun diberi treatment yang sama. I know nobody cares when I say this, tapi aku enjoy jalan-jalan sambil menikmati keindahan bangunan lama ni semua.
"Macam kat Melaka pulak...." Such a beautiful building from colonial eras that deserves to be restored and kept for future generations. |
Dalam perjalanan balik, aku ternampak sekawan burung merpati sedang duduk landing kat atas bumbung satu bangunan lama ni. Tiba-tiba muncul pula sebuah motor yang membunyikan hon dengan agak kuat dan semua burung-burung ni pun terbang berkicauan. I don't know why, tapi aku rasa moment ni agak special dan perlu diabadikan. Nasib je aku tengah record video untuk vlog aku kalau tak maunya terlepas untuk tangkap moment ini. Truly an unexpected and beautiful. Sampai sekarang pun aku masih tak boleh lupakan.
Kalau nak tahu, pak cik penarik beca tulah yang beri makan pada burung-burung ni. Lokal di sini tak kisah pun burung-burung ni lepak sini. |
So beautiful.... Bye bye birdie semua. Till we meet again. |
Curious tak pemandangan kat Georgetown waktu malam macam mana? Well, aku curious jadi waktu malamnya aku pun ajak my bro untuk explore sekitar kawasan dekat hotel kami bersama. That and also sebab perut dah mula berkeroncong dan aku nak singgah McDonald kat Komtar tuh. Food Panda servis memang ada di Penang tapi dah malam sangat so mereka tak nak ambil order dah. Anyway, our little night walk proves to be a good choice. I really like the subtle neon lights kat sini. Very warm and bright. Biasanya aku jarang keluar malam macam ni jadi ini sedikit exciting bagi aku.
Night view in Georgetown, Penang. |
Nampak tak bangunan tinggi tu? Hah, itulah Komtar, one of the most famous shopping area kat Penang ni. |
Yes, unhealthy I know... But aku order bubur ayam McDonald je okay. Pastu tambah ayam goreng dia (promo RM1.00) sikit dengan Coke McFreeze (RM1.00). Tu je pon... |
Last day kat Georgetown, aku sempat juga singgah dalam mini mart ni. Jujur cakap, tak pernah nampak brand mart ni kat memana sekitar Malaysia so mungkin exclusive kat Penang je kot? Masuk je dalam vibes dia macam kat 7-11 cuma lebih besar sikit. Boleh beli breakfast atau lunch kat sini sebab ada banyak pilihan makanan dan minuman segera. Tapi dah tersinggah kat kedai makan tepi stesen bas pulak so aku sekadar ambil gambar jelah... hihi.
Daripada luar pun dah nampak meriah. |
Souvenir daripada Penang. Some postcard and refrigerator magnet. Honestly, this is all you need if you visit anywhere from all parts of the world. |
Yours Truly
No comments:
Post a Comment