Friday, May 24, 2019

Lexis Hibiscus Hotel (5 Star Hotel) Experience

Okey, siapa sini pernah menetap di hotel mewah? Aku tak pernah. Selalu aku pergi bercuti, aku pergi dengan family aku je dan kami jenis yang tak suka membazir menempah bilik hotel yang mahal. For us - the more discount, the better. Tapi.. ada yang kata hotel mewah ni best. Kau datang je depan pintu hotel bersama lugggage maka akan terus diberi layanan tip-top macam VIP. Betul atau tidak... hehe sila baca post ini sampai habis, ya?

Last March ada discussion between my family untuk ke hotel yang di dalamnya ada indoor swimming pool. Idea ni bukannya datang tetiba je. Dah lama dah di issuekan, just recently become serious. So, I jotted down some of the details like date, pricing, location and all. After the discussion was finished - aku pun booked lah bilik jenis Sky Pool Villa di sebuah hotel yang bernama 'Lexis Hibiscus Port Dickson'. Easy, peasy...

Aku sebenarnya dah lama tak menjejakkan kaki ke Port Dickson. Kali terakhir aku kesana adalah masa aku budak sekolah lagi iaitu time school trip. Memula rasa macam nak memberontak je tak nak pergi but lepas je dapat jumpa Fahrin Ahmad (FA) kat situ; terus rasa tak nak balik (huhu). Time tu FA jadi pengacara majlis, tapi boleh lak manager hotel tersalah sebut nama dia so awalnya aku ingat retis suam-suam kuku jer. Sekali hambik ko.... Terkejut berukss aku tapi dalam terkejut-terkejut tu, masih sempat salam and ambil gambar teehehe. Walaupun FA masih lagi baru dalam dunia seni time tu, aku minat tengok citer Salina (2003) time pepetang so bagi aku dia ni memang retis habislah. Dan FA pun sangat humble and handsome orangnya so memang bermakna habislah school trip aku ke Port Dickson time tu.

Fahrin Ahmad - 1st Actor/Celebrity Malaysia yang aku jumpa secara live. Hehe.
Anyway, so let's get back to the present and citer pasal Lexis Hibiscus Hotel... But first, disclaimer: Lexis Hibiscus dan Fahrin Ahmad tiada kaitan tapi sebab aku dah sebut pasal Port Dickson, teringat pulak aku tentang memori zaman remaja aku. Huhu. Honestly, aku rasa hotel ni memang mahal gila. Harga satu malam pun dah nak cecah seribu. But with the size of the room and indoor swimming pool consired - it's not really that bad. So, we booked for 2 days. Sky Pool Villa becomes our first choice sebab bilik ni yang paling besar kat hotel ni dan offer more privacy.

Inside look of Sky Pool Villa:
2 King Bed size and a divider to separate the his and hers sinks.
Also included are bathtub, shower and separate toilet.
Picture taken from Agoda.com website
Balcony view:
Indoor swimming pool and sauna room.
Privacy memang terjamin 100%.
Picture taken from Agoda.com website
Layout for Sky Pool Villa Room

1st Day

Oleh disebabkan hotel ni mahal nak mamp... maka aku telah bersiap sedia. Pelan ultimate aku adalah untuk tidak keluar bilik selama dua hari tu kerana nak habiskan masa kat dalam bermandi-manda serta berseronok tahap maksima. Yelah, dah bayar memahal, siap indoor swimming bagai - takkan tak nak manfaatkan, ye tak? So, selasai je check-in, guest diberikan goodies bag yang berisi makanan ringan serta minuman. Luggage semuanya diambil oleh bellboy untuk dibawa masuk ke bilik. No. bilik kami di tingkat 4, paling hujung sekali dan aku pun dah tak sabar nak tengok bilik ni in-person...

Feeling.. feeling VIP sikit. Don't worry yang aku minum ini bukan alcohol ya.
Just a nice and cold Ice Lemon Tea. Aku request ice sekali sebab bagi aku tak lengkap 
visit ke hotel tanpa request ice daripada room service 
(one of way aku bagi rating for service untuk hotel tu juga). 
Btw, ice yang aku request tu aku dapat f.o.c.
Bilik dia memang sebijik macam yang kat gambar layout kat atas tu. Everything seems larger than normal hotel room. Serius banyak betul aktiviti yang boleh dilakukan kat bilik ni sampai rambang mata aku dibuatnya. View dari luar balcony pun sebijik macam kat dalam gambar.

View from the balcony.
Aku sebenarnya nak book bilik dekat bawah tu tapi
sebab fikirkan macam takde privacy je, maka terus pilih bilik ni.
A good decision I must say sebab senang je kau nak skodeng
orang daripada atas balcony Sky Pool Villa ni.
Apa-apa pun, jom kita pergi berenang dulu...

Inilah dia indoor swimming poolnya...
It look smaller in person but actually boleh muat 2-3 orang dewasa.
Aku pakai bathrobe ni sebab tak nak nampak sexy sangat lol.
Siapa sini nak join aku berenang? 
With my baby brother.
Sampai ke malam aku berenang. Yes, aku pakai contact lens masa mandi walaupun ia
tak berapa nak digalakkan. Sebab dia mudah. Aku tak nak basahkan
 cermin mata yang boleh menganggu penglihatan aku semasa berenang. 
Tu je..
Lepas habis berenang, aku pun masuk ke dalam bathroom untuk try-out bathtub dia. Aku pernah cuba untuk mandi bath tub di hotel lain selama beberapa kali tapi semua cubaan itu gagal kerana bathtub di hotel-hotel yang aku pergi tu semuanya tidak diselenggara dengan baik. Tapi hotel Lexis ni lain sikit... Dari swimming pool, ke katil, ke bilik air dan juga bathtub - semuanya berada dalam condition tip-top. Happy gaklah aku sebab boleh berendam lama sikit sambil tengok drama Korea tanpa rasa nak muntah kan?

Air dalam bathtub tu warna hijau sebab aku campak bath bomb Green Tea from The Body Shop earlier.
Daripada dulu lagi aku nak buat macam ni, akhirnya terlaksana juga. 
Best gila berendam dalam Green Tea ni. Aromanya yang wangi tu memang sesuai
untuk distressing... Thank you Lexis for taking a good care of this bathtub.
Really, couldn't ask for better...

2nd Day

Eating Breakfast at their Roselle Cafe
Hari ke-dua dimulakan dengan buffet style breakfast - complimentary from the hotel. Semasa ke Cameron Highland tahun lepas pun buffet style breakfast ni ada; tapi taklah sebanyak di hotel Lexis ni. So, sebelum berenang for second day, I need to fill the stomach first. Thus, I grabbed a couple of foods, drinks... and keep on eating. Western style, Malaysian style... I ate them all without suspecting anything. Which turns out to be a grave mistakes, but more on that later.


Another pose by the pool before taking my first dip of the day.
I'm wearing the bathrobe again so I won't feel cold (and sexy).
Main bubble gun brought from Daiso a couple of days prior.
 So many bubbles it makes me feel like a kid again. 
Enjoying my swim, one moment at the time...
Puas berenang-renang di hari ke-dua, aku decide untuk take a little walk around the hotel. Hotel ni luas, so memang rata boleh explore. Disebabkan bilik hotel aku berada di tingkat atas (naik lif), aku rasa tergerak hati untuk visit sekitar kawasan bawah sebab aku berminat untuk tengok bilik hotel orang lain macam mana. Also, sambil jalan-jalan tu, boleh selfie sekali, ye tak?

Selfie ambil sendiri je. Aku pacakkan phone aku kat railing tu.
All the time aku risau phone tu jatuh je, but luckily nothing happened.
Antara close-up picture yang aku ambil sekitar Lexis Hibiscus Hotel
Suasana di waktu petang agak sunyi, tapi tak bermakna tak ada orang.
Aku rasa rata-ratanya lebih enjoy lepak di dalam bilik sambil berenang kot?

So happy to be here!
The view around the hotel is so beautiful... I love it.
Waiting for the sunset to come...
Setelah selesai bersiar-siar, aku pun ke cafe bistro yang terletak di bahagian lobi hotel. Hotel yang diberi nama Coralz Bistro ini sangat sesuai digunakan sebagai tempat minum petang, berborak, mendengar live band dan sebagainya. Kebetulan guest diberikan satu kupon untuk complimentary drinks semasa check-in, so aku gunakanlah coupon tu for free drinks.

Coralz Bistro Front shop signs
Drinking Roselle Sparkling Frizzy Drinks.
Nama sedap, but rasa... emmm..
Patutnya aku order coffee atau tea je.
Baru goes well dengan Red Velvet tuh.
Okaylah, sampai sini jelah post aku kali ni. In retrospect, hotel ni memang best especially kalau keluarga kau jenis yang ramai. The more the merrier... but I gotta say - I shouldn't have eaten its buffet. Tak tahu di mana silapnya, selepas je makan buffet from the 1st day, perut aku telah meragam dengan teruknya dan as a result - toilet becomes my best friend the very next day. Tapi, aku takleh nak salahkan buffet je, banyak juga benda lain yang aku makan masa 2nd day tu so mungkin sebab tu reaction perut aku macam tu.

That;s it guys. Thank you so much for reading.
See you soon on my next post. Bye bye...
Yours truly,
Mimi

No comments:

Post a Comment