Sunday, May 19, 2019

When Malaccarian visiting Malacca - One Night Trip at The Shore Hotel

Bila nak difikir-fikirkan, aku ni nama je duduk dekat Melaka - tapi tempat yang jadi tourist attraction pun tak pernah pergi. Okey, mungkin takat lawat Stadhuys lapan tahun lepas tu adalah pastu... haram. But, kalau bab shopping kat mall tu lain cerita. Yang tu aku expert. Tanyalah kedai mana yang tengah buat sale sekarang ni mesti aku tahu. How? Sebab aku guna apps kat phone untuk memantau sale dan diskaun tu semua muahaha...

Anyway, lets change the subject. About a few months ago aku saja-saja check website-website pelancongan kerana bosan. Tergerak pula hati ni nak check area Melaka. Honestly, Melaka sebenarnya adalah sebuah negeri yang kecil je tapi lepas aku click tu, baru perasan yang tak sampai 1/3 pun tourist attraction tersebut telah aku lawati. Hisy, apa ni... 

Tempat kat Melaka yang aku dah lawati sebagai orang Melaka bertanda (seperti ini):

1. Malacca Jonker Street
2. St. Paul’s Church Malacca
3. Baba Nyonya Heritage Museum
4. Cheng Hoon Teng Temple
5. Christ Church Malacca

6. Melaka Wonderland Theme Park
7. Maritime Museum & Naval Museum Malacca
8. Melaka River
9. Dutch Square (Stadhuys)
10. Melaka Straits Mosque
11. Freeport A’Famosa Outlet Village
12. The Shore Sky Tower
13. A’Famosa Fort
14. Pantai Klebang
15. Alto Sky Lounge @ Hatten Hotel
16. Upside Down House Malacca
17. Machap Walk
18. Menara Taming Sari
19. Flora de la Mar Maritim Museum
20. Melaka River Cruise

Nampak tak bertapa banyaknya highlight kat situ? Haa, yang tu semuanya tempat yang aku TAK PERNAH lawat lagi. Sebab tulah aku tak puas hati. Bagi membuktikan yang I heart Melaka more than anything and willing to do something to contribute to the economy, aku telah membuat keputusan untuk melawat salah sebuah lokasi yang terdapat dalam list tersebut. Fikir punya fikir, akhirnya aku telah memilih The Shore. 

The Shore ni dah buka adalah sekitar 4-5 tahun lepas. Dalam ni ada macam-macam; hotel dan kediaman, swimming pool, shopping mall, Starbucks, Oceanarium, dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, dek kemerosotan ekonomi; banyak kedai yang dulunya ada kat The Shore ni dah ditutup. Satu pattern yang juga aku nampak semasa pergi ke Penang tempoh hari. Banyak juga kedai yang dah tutup kat Komtar tu. Anyway, that aside of point - aku sendiri pun tak pernah naik The Shore Sky Tower. Rasa excited pula nak try...

Masa di Penang hari tu sebenarnya aku agak amaze dengan pemandangan bandarnya di waktu malam. Rasa amazement dan seronok aku itu telah memberikan sebuah inspirasi bagi aku mengambil beberapa night-shot di Melaka pula. I never feel so proud than I was when I'm capturing this picture. Cantik sungguh... Kalau nak tahu aku normally jarang keluar rumah di waktu malam so this is very refreshing and new for me.   

View sekitar The Shore ketika waktu malam. Banyak kereta ada
disini sebab The Shore ni berada ditengah-tengah bandar dan ramai
yang keluar makan di restoran berdekatan. 

Pernah tak korang bermalam di hotel di negeri korang sendiri? Seingat aku, aku pernah buat ni sekali je iaitu semasa aku berumur 13 tahun. Sebab utamanya aku tak ingat, tapi ia meninggalkan satu kesan yang mendalam buat aku. Yes, memang rumah kau ada tapi feelingnya bila kau bermalam di hotel serius lain. Rasa macam tourist pun ada juga. So, disebabkan masih ada kupon berbaki daripada Agoda selepas balik dari Penang aritu dan ada diskaun bilik (72% off), aku telah menempah sebuah bilik di hotel The Shore ditemani dengan family member aku.

View dari luar bilik. Check-in di hotel bermula sedari pukul 3.00 p.m lagi.
Decor di dalam bilik adalah bertemakan urban, red and black.
Swimming Pool yang luas berada di bawah hotel ini.
 Kalau nak tau, bangunan berbentuk rectangle tu sebenarnya gym so sambil exercise 
sambil minum air skodeng orang mandi lah.... hehe (all puns intended) 
Waktu malamnya aku dah plan untuk naik ke Sky Tower. Itu hari masa ke Penang tak sempat nak rasa, so untuk buang rasa terkilan - aku try kat Melaka ni jelah. Tiket masuk RM23.50 per adult. Sebelum pergi tu aku adalah keluar hotel untuk beli barang sikit. Sempatlah juga aku capture beberapa shoot sekitar The Shore yang aku rasakan menarik seperti di bawah ni.

Cantik dorgh... lagi cantik dari Penang... Haha
Takdelah. Bagi aku setiap negeri itu ada kecantikan dan keunikannya
yang tersendiri. Mohon jangan triggered ya orang Penang sekalian.
Gambar untuk post ini semuanya diambil menggunakan camera
phone Samsung aku je.
Beli barang sikit kat Pharmacy nearby. Ambil gambar belakang tingkap
antik ni sebab nampak cool.
Banyak juga restoran makanan Cina di sini. Aku tak makanlah pasal tak halal kan.
Tapi neon light yang dipasang kat restoran ni memang on-point
sampai memaksa aku untuk capture this moment.
Contoh tiket ke Sky Tower The Shore Melaka
Price ticket: RM23.50 (Adult); RM17.00 (Kid/Senior Citizen/OKU)
Sebelum naik ke Sky Tower, aku pernah google gambar orang-orang yang pernah ke sana. Rata-ratanya nampak cantik sampai ada juga yang buat wedding shoot mereka kat sini. Sky Tower ni sebenarnya terletak di Tingkat 42 tapi main lif hotel The Shore hanya sampai tingkat 40 je. Jadi kalau nak pergi lawat korang perlu naik satu lif khas lagi untuk ke observatory deck. 

View dari atas deck. Such a beautiful view with plenty of neon lights and tall buildings.

Susah sebenarnya nak cari angle dan lighting yang bagus untuk ambil gambar di waktu malam ni
but after a bit of adjusting here and there; I finally manage to take this selfie.
Masa aku pergi ni still mood Chinese New Year lagi so mereka
pacaklah swan ni. But I am sure pihak The Shore dah tukar swans ni
 into something else ikut musim perayaan yang akan datang. 
Tengoklah ni... kuda pun ada.
Pretty sure that this is the ornament residue from
Christmas last year. Tak kisahlah asalkan tampak cantik dan kiut sudaaa...
Sebab aku nakal, maka aku amiklah gambar dengan .... kuda nih.
I mean, what else would I do, right? Hehe.
Ikan Koi live pun ada. Gemuk-gemuk lak tu.
Korang boleh beri ikan ni makan secara FREE.
Sedikit disclaimer ya. Meskipun aku kata yang aku datang dengan family member pada awal post ini, aku takkan dedahkan gambar mereka bagi menghormati dan menjaga privasi semua. Oleh kerana itu, banyak jugalah post aku yang terdahulu yang telah disembunyikan kerana hal ini. Harap maklum ya kenapa muka aku je yang banyak sampai tak sudah dalam post ni.

Okeylah guys, sampai sini sajalah coretan pengalaman aku bercuti di negeri sendiri. Terus-terang aku cakap, aku memang enjoy sangat bercuti di The Shore ni dan rasa best sebab dapat membantu sedikit sebanyak untuk menaikkan ekonomi negara. Sebelum aku akhiri post ni, aku hadiahkan korang dengan sebuah gambar di Melaka River ni. Also nampak tak ada bot tu? Haa, korang boleh naik bot tu dengan bayaran RM25.00 ya seorang. Agak mahal I know, tapi aku sarankan korang cuba once in your life for the sake of experience. Tapi bagi aku betterlah korang naik waktu malam sebab ada banyak lampu neon yang cantik dan cuaca sekeliling yang nyaman. Baru best ambil gambar kan?...   

Banyak betul pelancong berbangsa Cina dalam bot masa aku ambil gambar ni.
Mungkin mereka masih bercuti sempana tahun baru Cina agaknya.
Thank you for reading this post. Next time aku cerita time aku ke salah sebuah hotel bertaraf 5-star kat Port Dickson pulak. I'll see you all very soon, bye bye.

Yours Truly,
Mimi

No comments:

Post a Comment