Siapa sini yang tak ada favorite drinks? Aku rasa korang low-key menipu nihhh... Everyone in the world have one. Macam aku, aku suka minum tea. Sebab apa? Aku pun tak pasti. Mungkin kerana habit minum tea ni telah aku praktikkan sedari kecil lagi maka sebab itulah ia menjadi minuman favorite aku kot?
Anyway, disebabkan dah lama sangat minum tea, aku rasa susah nak beralih ke hot beverages lain bila nampak air ni depan mata. Oleh kerana itu, aku telah menetapkan satu goal. Goal tersebut adalah aku akan cuba menikmati sebanyak mungkin tea yang ada di dalam dunia ni selagi termampu (dan selagi ia tak buatkan aku jatuh miskin huhu). Believe me, you - ada tea yang harganya sampai boleh mencecah hingga ribuan ringgit tau. For me, drinking tea is not about quenching the thirst or warming up your body, but its more of a lifestyle and art. Kalau tak masakan annual revenue for tea sampai mencecah $10 billion dollar setahun dan telah ada puluhan books dan documentary yang dihasilkan hanya untuk tea ni?
Antara contoh buku dan documentary mengenai tea yang telah dihasilkan Image courtesy of Google |
Kalau nak panggil aku ni tea snob, silakan. Aku terima je tapi berserta klaus. Haha. Aku actually suka mengenal jenis-jenis tea yang ada dimuka bumi ni tapi aku takdelah sampai nak perlekehkan orang kalau diorang tak reti nak beza rasa tea pulak. I'm not that kind of tea snob, okay? I understand that tea, just like coffee - is more an acquired taste. Some would like it, some would not. Some would care, others just don't. So, bagi yang masih berminat nak dengar aku membebel pasal tea ni, dijemput baca post ni sampai habis ya. Mungkin ada fakta-fakta menarik pasal tea yang boleh korang ketahui nanti, so stay tuned...
First thing first, kalau korang nak tahu tea ni ada bermacam-macam jenis. Semuanya dihasilkan daripada daun pokok yang bernama camellia sinensis dan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu; black and green, herbal, fruity dan lain-lain. Contoh mudah yang boleh aku beri adalah seperti berikut;
Black and green: Black tea, Matcha, Sencha, Ceylon.
Herbal: Jasmine, Chrysanthemum, Camomile, Peppermint
Fruity: Raspberry, Apple, Red Berries, Lemon
Others: Earl Grey, English Breakfast, Darjeeling, Prince of Wales, Lady Grey
Jadi apa bezanya rasa-rasa teh ni semua? It's quite simple actually. Herbal tea dan fruity memiliki rasa yang paling mudah untuk dikenalpasti. Contohnya seperti Jasmine tea dan Chrysanthemum. Jasmine tea memiliki aroma wangi bunga melati yang light manakala Chrysanthemum pula rasa bunga kekwa yang pekat. Haha, macam tak menjawab soalan jer tapi itulah hakikatnya. Fruity tea pula as the name suggested; rasa teh dan buah-buahanlah, but put into a small dipping/temple bag.
Meskipun datang daripada pokok yang sama, setiap tea memiliki characteristic yang berbeza. Contohnya seperti Black tea dan Ceylon. Melalui mata kasar, aku nampak Ceylon lebih pekat berbanding black tea dan rasanya juga lebih pahit setelah direndam dengan lama. Green tea pula lebih mudah sedikit nak identify sebab ada dua jenis je iaitu normal green tea (leaves) dan Japanese matcha (powder). Ada satu spesis lagi yang also made from Japan iaitu sencha. Matcha dan sencha ni sebenarnya adik beradik dekat, cuma cara pengeringan daun teh tu yang sedikit berbeza; sencha under the sun, matcha pulak under the shades. Tapi mudah je nak bezakan... hanya matcha tea sahaja setakat ni yang ada dalam bentuk powder, manakala sencha pula dalam bentuk loose-leaves. In terms of taste test, aku lebih prefer matcha tea daripada sencha kerana rasanya yang lebih pekat dan sedap.
Korang nak tahu teh-teh ni semuanya datang daripada di mana? Teh ini sebenarnya di hasilkan di negara China dan India. So please jangan tertipu bila dengar nama teh tu Earl Grey la, Prince of Wales ke, Lady Grey sekalipun - kerana semuanya dihasilkan daripada tempat yang telah dinyatakan. Yang membezakannya adalah cara pengeringan daun teh dan juga bahan lain yang turut dicampur di dalamnya untuk menghasilkan aroma dan rasa yang berbeza. So, bila teh dah ada macam-macam jenis ni, mesti aku ada favorite ye tak? Dah tentu! Aku kalau black tea, green, atau matcha - tak heran sangat. Tapi kalau tea tu ada perkataan 'grey' kat belakang; maka aku akan serta-merta menjadi excited. Why? Sebab bagi aku teh Earl Grey ni aromanya agak spesial sedikit berbanding teh lain. Aku paling suka Earl Grey Milk Tea dari Tealive tu. Sedap gilaaa....
Melalui research dari laman web, aku dapati yang kebanyakan teh yang ada di seluruh dunia ni aku dah cuba. Namun, masih ada beberapa yang aku mungkin tak akan cuba sampai bila-bila. Teh yang di maksudkan ini adalah teh-teh herba mahal yang berasal daripada negara China. Ada dua sebab kenapa; pertama adalah kerana mahal, dan kedua pula kerana ianya agak sukar didapati kerana teh tersebut hanya dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit dan diberikan pada orang-orang yang tertentu sahaja (VIP). Tapi ada beberapa teh yang ada dalam wishlist yang mampu untuk aku nikmati. Teh ini adalah white tea, rooibos, oolong dan juga barley tea. Setakat ni aku belum jumpa lagi brand yang legit untuk menikmati teh-teh ni semua but trust me that once I do - you'll be the first to know.
Lipton tea: Antara old time favorite tea brand aku Image courtesy of Google |
Tetley tea: my most recent favorite Image courtesy of Google |
Perbezaan yang paling ketara antara Matcha dengan Sencha Image courtesy of Google |
Earl Grey brand yang menjadi favorite aku untuk dibrew sendiri kat rumah. Image courtesy of Google |
Earl Grey Milk Tea from tea live. Sedap gila wa cakap lu... |
Selain daripada China dan India, aku juga gemarkan teh yang berasal daripada Thailand. Teh ini terdiri daripada dua jenis iaitu Thai Red tea dan Thai Green tea. Daun teh yang digunakan untuk menghasilkan Thai tea adalah daripada jenis Ceylon dan ramuan tambahan pula terdiri daripada orange blossom water, star anise, kunyit, bahan pewarna kuning ataupun merah dan lain-lain. Honestly, aroma wangi yang dihasilkan oleh Thai tea memang kuat sehingga menusuk ke rongga hidung. Aku suka letakkan susu di dalam Thai red/green tea kerana rasanya lebih lemak manis dan enak.
Okaylah, sebelum mengakhiri post untuk kali ini, aku nak share kat korang tentang hitlist tea pursuit aku yang seterusnya. Ada beberapa teh yang masih aku belum dapat rasa lagi iaitu oolong, barley tea, white tea dan rooibos. Seriusly, aku memang nak cuba semua teh-teh ni sebelum I can declare myself as a true tea enthusiast. Haha. Kalau sedap bolehlah aku masukkan dalam list aku dan kalau tak tu maknanya aku cuma cuba sekali jelah. Anyway, that's it guys for today's post about tea. Hope para-para peminat tea di luar sana terhibur menbacanya. Thank you and see all soon on my next post. Bye bye!
Yours Truly,
Mimi
Okaylah, sebelum mengakhiri post untuk kali ini, aku nak share kat korang tentang hitlist tea pursuit aku yang seterusnya. Ada beberapa teh yang masih aku belum dapat rasa lagi iaitu oolong, barley tea, white tea dan rooibos. Seriusly, aku memang nak cuba semua teh-teh ni sebelum I can declare myself as a true tea enthusiast. Haha. Kalau sedap bolehlah aku masukkan dalam list aku dan kalau tak tu maknanya aku cuma cuba sekali jelah. Anyway, that's it guys for today's post about tea. Hope para-para peminat tea di luar sana terhibur menbacanya. Thank you and see all soon on my next post. Bye bye!
Yours Truly,