Sunday, February 4, 2024

Life is A Tragedy

Hello semua. Apa khabar? Mimi's here.

Hai, rasanya dah lama betul aku tak share life update/news dalam blog aku ni. Kadang-kadang, terlupa pula yang hampir 14 tahun lepas, aku pernah buat blog ni. Itulah. Dengan peredaran masa yang begitu pantas, memang banyak benda yang akan kita lupa. Samalah macam blog ni.

First thing, biarlah aku address the big elephant in the room. Sebenarnya, dalam dua post (tak bermakna) yang aku buat last year - ada banyak benda yang juga terjadi in-between. Antaranya adalah aku successfully published my first book dengan Kadok@wa Gempak St@rz yang bergenre misteri/horror. Buku apa, hah pepandailah korang cari sendiri sebab aku dah penat promote last year (type jelah nama aku pasti akan keluar punya kat suggestion).  Alhamdullilah, buku tu sendiri pun sudah banyak terjual dan aku sendiri pun dah turun padang untuk promotekan (signing event) dalam pesta buku last year. Terharu aku wo bila nampak all my books yang pada awalnya tersusun rapi sudah habis terjual pada hari last aku datang hihi. :')

Anyway, aside from debut buku & signing event, aku and the fam ada juga try wat staycation for a day. Hotel yang kami pergi tu agak best, tapi entah di mana silapnya trip yang nampak mudah jadi macam tak best lak by the end of it. Which is why aku tak pernah update sini. Also, awal Dec 2022 tu pun ada juga try pergi trip kat PD, tapi seperti tema di atas - tetap tak berapa nak menjadi kerana hal-hal personal yang malas aku nak ingatkan. :(

Okeylah, enough with throwback. Sekarang ni aku nak update sikit pasal personal life aku. Uncle kesayangan ramai dalam maternal side family aku suddenly passed away last week. Seriously, pemergian beliau amat mengejutkan ramai kerana sikap arwah yang positif, ceria, dan normal a few weeks sebelum dia pergi. Aku pun masih tak boleh nak brain what happened tapi bila difikir-fikirkan mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku. Apa-apa pun aku doakan uncle aku tu tenang-tenang saja di sana dan semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin. 

Di sini aku juga nak update pasal what next in life for me. Sejujurnya, aku nak teruskan writing (sebab this is my passion), maybe re-start staycation one more time (hopefully this time it will work the wait it intended), and hadapi sajalah apa yang life ada in store for me. Frankly, memang banyak benda-benda yang jadi dalam life aku, tapi kalau benda tu tak best aku takkan ulas. Why? Because I figure the best way to deal with that shizz is not talk about it, but learn and grow from it. 

Selain itu, aku juga dah mula nak get back to deen. Yelah, dengan usia pun makin meningkat dan tanggungjawab yang makin banyak - aku rasa move in sangat perlu untuk aku capai stability dan kemanisan hidup (cewah). Bila letih dan rasa nak give-up, aku tak complain kat orang. People dissapointed me most of times. Aku mengadu saja pada Dia. Senang. Sebab kita tahu Allah tu Maha Mendengar. Mudah-mudahan, masalah aku tu akan ada jalan penyelesaiannya kelak.

Baiklah korang. Sampai sini sajalah update aku hari ni. Aku pun ada banyak lagi kerja nak disiapkan ni so until then - see you soon.

Yours truly,
Mimi

No comments:

Post a Comment