Hello semua. Apa khabar? Mimi's here.
Tiga tahun lepas aku ada buat comparison streaming service (Dimsum, Netflix, Viu dan iFlix). Tahun ni (2023) akan ada beberapa penambahan sikit sebab aku dah try lagi beberapa streaming service just for the fun of it. Ada yang aku cuma subscribe sekali, ada yang untuk beberapa bulan ke depan. Nak tahu apa dia? Meh baca post aku kat bawah ni.
1.) Dimsum (n/a; terminated)
Entah di mana silapnya, tapi tanggal Sep 2021 yang lalu adalah bulan terakhir streaming service Dimsum ni beroperasi. Jujur cakap, aku cuma subscribe untuk beberapa bulan saja (di tahun 2019) sebab time tu aku tengah dalam mood nak tengok cerita Hong Kong. After subscription aku tu habis, aku langsung tak menjenguk Dimsum ni sampailah diorang tetiba send aku e-mail (i guess aku tak pernah unsubsribe) telling me about penutupan rasmi mereka. Adalah sedikit rasa nostalgic itu timbul bila aku dapat tahu, but in the end - it's what it is. I already move on since then.
2.) Viu (cancelled)
3.) Netflix (ongoing)
Luckily for Netflix, ia tidak mengalami nasib yang serupa seperti 2 streaming service yang aku baru sebutkan tadi. FYI, aku dah subscribe to Netflix nearly 3 tahun dah (before the end of 2019). Jujur aku katakan, life pre and after Netflix memanglah tersangat berbeza. Dalam bebanyak subscription, setakat ni aku rasa Netflixlah yang paling berbaloi dan memuaskan hati. Kontent banyak, cerita best, drama bersiri-siri, dah tu last for quite a long time (up to 2 years and above).
4.) iFlix (n/a)
5.) SIAR (cancelled)
It all started dengan aku tetiba rasa nak tengok satu movie lama yang bertajuk 'Dewi Cinta' 1987. Movie yang in my opinion sangat sukar untuk dicari di mana-mana hatta di Youtube sekalipun. Nak dijadikan cerita,waktu aku tengah scroll tik tok video ternampak lak watermark 'SIAR' ni kat salah satu movie lama. Curiosity got the best of me and hasilnya aku jumpa gak movie yang aku nak tengok tu! Bermula dengan subscription RM10 (mahal jugak eh?), subscription ni pun tak tahan lama. Only for a month tapi aku dapatlah tengok banyak movie-movie Malay lama.
6.) SookaTV (cancelled)
Sebelum aku subscribe Netflix, aku layan Astro dulu. Nearly 10 tahun jugaklah before everything ends around 2017-2018. Never thought of seeing it again until ada cerita Malay yang aku nak tengok dari Astro. Masalahnya, aku dah lama tak ada Astro so nak buat apa? SookaTV is the answer. Seriously, banyak gila cerita yang aku dapat tengok and more. Memang best Sooka ni tapi like all good things, it has to end. Aku bertahan subscribe lebih kurang 2 bulan jer sebab banyak cerita yang aku nak tengok dah pun selesai. So, bila dah selesai - kenalah move on to other stuff pulak, ye tak?
7.) iQiyi (ongoing)
A hunt for more Malay drama brought me closer to iQiyi. Bermula dengan subscription sebulan, aku teruskan dengan subscription 6 bulan kerana lebih murah dan berbaloi (RM8/month). Banyak cerita yang ada dalam ni especially Chinese and Malay drama. Anime dan lenlain pun ada jugak.
8.) Disney+ (ongoing)
9.) Prime video (ongoing)
10.) tonton (ongoing)
So, that's it, guys. Aku nampak semakin bertambah streaming services yang aku dah cuba di dalam list ni compared to 3 years ago. Walaupun banyak aku dah cancelled and some I do keep, I did enjoy most of it. Sampai sini sajalah post aku kali ni. Semoga bertemu lagi dalam post yang akan datang.
Yours truly,
Mimi
No comments:
Post a Comment