Friday, December 3, 2010

Some Advice about entering Matriculation College - Just Be Yourself....

Terus terang aku katakan... Masa memula masuk matrix dulu aku selalu tanyakan diri aku dengan banyak gile soalan: "Mampu ke aku nak blaja kat matrix ni?" "Boleh ke aku carry on dgn subject die semua?" "Ada ke kawan-kawan baru nanti?" "Lecturer die okay tak?" "Macam kalau tak pass 1st sem?" "Apa akan jadi nanti to my future?"

Well, itulah antara soklan-soklan yang agak lama bermain-main kat dalam benak fikiran aku. Sebab utamanya mudah aje, aku ni memang pendiam. Dahlah pendiam, susah gile nak berkawan pulak tu. Totally resipi for disaster, I tell you. Tambah malang bila aku langsung takde special someone, a.k.a 'Mr. Boyfriend' untuk membantu aku keluar dari cacoon (kepompong) aku. Lolz. So bile pendiam sangat, kawan pun takde, boyfriend lagilah absent je memanjang - kat mana jelah tempat aku bertanya, luahkan rasa hati semua? Tak hadonya lah kan? Jadi, seperti biasa - meranalah sajalah sensorang...

But, nasib aku boleh dikatakan agak baik. Lepas 3 bulan kat Matrikulasi - akhirnya dapat gak manusia seperti aku ni menyesuaikan diri. Bukannya senang nak reach tahap camni wei, nak nak jenis budak intovert cam aku. Nak tau camne aku adapt? Senang je. Just be yourself!. Okay, bunyi memang agak cliché, but trust me - it works wonders. Aku dah try dah, sebab tu aku leh admit camni. Nak tau camne boleh jadi camtu tu? Meh sini aku explain sikit...

First thing first, ko kena ade level conscience yang sangat tinggi terhadap keupayaan diri ko. Kalau macam aku ni kalau nak dikira dari segi intelek - aku selalu anggap diri aku sebagai seorang yang average. Tak pandai sangat, tak sengal sangat. Aku mampu rajin but also malas di rate yang sama. Korang pun tahu kan, result SPM aku taklah segempak mana berdasarkan post ni. So, nak compare dengan student-student (matrik) yang banyak kat dalam tu; memang lah cam lalat dengan langau je (hapalah punya metaphor aku kasi ni, ah - lantaklah)... So, understanding that as the reality - aku pun malasla nak start berlagak selamba yaya or propa macam aku tahu banyak benda kan? What for? Nanti bebudak start tanya soklan-soklan cepu emas, tak ke mampos?

Justeru itu, aku antara student yang senyap sunyi je dalam kelas (dah ku kata aku pendiam, kan?). Lu tak tanya, gua tak yah jawablah. Bagi aku, belajar ni mesti jujur dan ikhlas. You tak tau mende, jangan berlagak cam tau lak kat member tu. Kang tak silap-silap, terbagi ajaran songsang pulak. Itu dah jadi kes naya. Sian jer kat member yang bulat-bulat percayakan you. Take time untuk understand sesuatu topic tu and most importantly; believe in yourself. Tawakal je, sudah tu. Insyaallah, mesti ada perubahan kat study korang.

Jadi, dengan try to be myselflah, akhirnya berjaya gak aku menyesuaikan diri. Kawan lama highschool aku, Wani memang banyak membantu termasuklah a few classmate aku kat ada sana. Honestly, hidup di matriculation ni tak lah sesusah mana or sesenang mana. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yg kental, so rasa-rasa yang cam berapa nak bersemangat tu kena kentalkan jugak kalau nak masuk matrix coz I think that's what matrix is all about :) Of course, on the side-lines; lecturernya pulak tengok jugak; ade yang baik, garang, manis and etc.. banyak jenis.. Kalau korang nak lecturer yang suka ajar laju ada, slow pun ade... yang tak mengajar langsung pun mungkin ade gak kot? Haha, tak amik pusing sangat...

Anyway, belajar di matrik sememangnya memberikan satu impak yg positif kat dalam kehidupan aku khususnya kat dalam bidang sosial. Banyak gila memory yang telah aku bina semasa sem 1 dan moga-moganya sem 2 ni pun lebih banyak lagi memory indah akan tercipta. Insyaallah.

Thank you for reading this entry. See you soon!

A day at Wonderland Melaka!!

So, aku kembali berblogging pasal kali ni ade benda sikit nak cerita... Taklah panjang mana pun so I hope you guys don't mind untuk membacanya, ye?

Pada 30 Oct 2010 yangg lalu, company tempat my mum kerja ade held family day. Tempat yang telah dipilih adalah Wonderland Melaka. Admittance kami sekeluarga are totally paid for. Best gakla family day ni; adalah mereka buat makan-makan, minum-minum sikit. Yang mandi-manda pun ada but memikirkan diri sendiri yang dah tua-tua bangka ni, terase plak segannya nak menjoin mereka gi mandi (golongan bebudak kecik je pun, rata-ratanya). So, bagi membuang masa sementara menunggu cabutan bertuah habis, adalah aku snap beberapa keping gambar with my bro dengan handphone burokss aku. Taklah banyak mana, but bolehlah sebagai kenang-kenangan melawat Wonderland Melaka ni.

Jika nak tengok gambar-gambar tersebut, rajin-rajinlah scroll hingga ke bawah, ye?

Admittance tag. Valid for one day only ma~

Agak memboringkan jugak bila datang tempat mandi-mandi, but choose not too. Haha. Banyak reason sebenarnya nape aku tak mandi ni. Selain daripada rasa diri ni tak sesuai nak menjoin golongan bebudak tu semua, aku ade sebab lain lagi. Simple and embarrassing sebenarnya pon nak ngaku ni - but what the heck, right? Aku ni sebenarnya, tak pandai berenang pon~ Jadi watpe nak gi mandi-manda semua, kalau tak reti kan? Menempah namanya tu... Walaupun dengan adanya pelampung yang pelbagai saiz, rupa dan warna - still aku rasa tak berbaloi der kalau sudahnya aku just m**i katakss...



Haha, menurut gambar atas ni - Dino orange gimok ni nampak mesra je ngan aku kan, but hakikatnya - orang kat dalam tu dah letih 'melayan' kerenah aku. Mana taknya... Dahlah main tahan-tahan dia untuk nak amik gambar time dia nak gi 'serang' bebudak, pastu leh camera phone aku wat hal plak... Dah namanya pun handphone burukss...Lagging tu dah menjadi satu kepastian. Haduss... Mana tak baran dino tu? Tapi dah namanya pun guest kan? Takkan dia tak mo ikut cakap aku lak? Nanti I report kat supervisor you nanti, baru tau~ Muahaha...


But, baby dino pink ni tak begitu ya? Sangat baik orangnya. Siap rilek-rilek je dia leh tunggu sementara nak amik gambar ngan aku and adik aku. Buktinya, siap buat tanda peace lagi time amik gambar. Tak yang macam kat atas tuh. Tau nak mendengus jer. Puiih... Tau lah camera phone I tu tak glamer, that's why asyik lag jer... (=w=):

My mom and bro aku. Masa cabutan bertuah kitaorg dapat hadiah.
Yang adik aku pegang tu hadiah yang memang every staff yang datang dapat.
Tunggu punya tunggu, perghh akhirnya dapat gak my mum hadiah lucky draw yang di idam-idamkan. Siap Datuk Jalaluddin Hassan yang bagi lagi you.... Takde gambar pasal cepat sangat tak sempat ambik, but dia adalah pengacara rasmi untuk family day ni. Tapi tak ramai yang amik port pun pasal masing-masing semua tengak super-duper busy berenang-renang kuak rama-rama la, ayam la... itik la. Kami je yang pedulik sebab takde kejer lain nak di buat. Nasib je Datuk memang jenis funny man and pandai ambil hati peserta. I bet hampir semua yg ada kt situ terhibur.. So, congrats to him anyway...

Before balik, sempat aku amik gambar kenang-kenangan, manalah tahu pasni dah tak berpeluang nk menjenguk tempat ni lagi.

Peace Forever, bebeh!
Posing depan pintu masuk. Semak je budak sebelah
aku tu... Taulah you all semua gila glamer tu yang
 naik photobomb sekali kan?... (o.O):
Haha gurau jer. You're always welcome kid.
I suka bebudak, lagi-lagi kalau budak tu jenis
yang comelss dan baik.
Aku tahu korang mesti biasa dengar istilah 'Friends Forever' kan?
Well, bagi aku - 'Siblings Forever' tu lagi penting...
Ok, guys... baiklah sampai sini sajalah dulu coretan pengalaman hidup aku yang tak seberapa ni... Kalau ade apa-apa cite menarik lagi akan aku ceritakan pada korang and of coz lot more picture's to come. Bye bye for now ;)

Thank you for reading this entry. See you again.

Saturday, August 28, 2010

Korean Wave: Jang Geun Suk (Korean Actor) + Syamsul Yusof (Malaysian Actor) = Jang Geun Sul??

It's been a while since I write anything in this blog. Well, for a start, let me begin with a greeting; "How do you do?". I'm sorry if it takes a while for me to write again but I been quite busy lately. But don't worry, even though I'm a bit occupied;  I already find something that I'm interested in and I would like to share it with you in here. I hope you'll enjoy reading post as much as I like writing it.

Let's start with the basic thing first...  As you know, I'm currently attending Johore Matriculation College. It has been four months as the time this post is written, but I'm already used to the routine. It's the same thing everyday: lecture, tutorials, classes, night class, lecture again. You know, the same ol' drill... However, there seems to be a new addition in my grey and dull life. And it all thanks to my roommate who had successfully renew my old addiction. Korean Drama!.

The first time I been exposed to Korean Drama was when I was 10 or 12 years old. I bet half of the readers (if you come from Malaysia) must've remember these two infamous Korean Drama; 'Winter Sonata' (2001) & 'Autumn in My Heart' (2002) when it first aired, right? Huhu, I bet those titles brings back a lot of memories, doesn't? Anyway, I was very young when those two drama's aired to be able to understand what it was about. Then, fast forward two or three years later, come along 'Full House' (2004), 'The Princess Hours' (2006) and 'The 1st Shop of Coffee Prince' (2007). This time I'm a bit older and therefore I'm able to enjoy watching Korean drama. I even remember bonding with a few of good friend in middle school because of it! ;) Those are the good times...

However, just like any other hobbies, my interest quickly fades away (I blame it on bad aerial at my house). Another three years passed without me watching any drama's until I start to attend college. But then, comes along my roommate... She brought a laptop (pretty illegal tbh) and that's when I first saw her watching Korean drama's and boy, I immediately get hooked. I don't think I ever feel this excited for a long time. So, thanks to my roommate; I unexpectedly found a new drama with a brand new actor I like and the title is 'You're Beautiful' ( you can see the poster below).
Picture credit: Google image
From left: Jung Yong-Hwa (Kang Shin Woo), Park Shin-Hye (Mi Nyu Go/ Mi Nam Go),
Kim In-kwon (Minami manager), Jang Geun Suk (Hwang Tae-Kyung) & Lee Hong-ki (Jeremy)
Together (except for Minami manager), they form a boy-band called A.N.JELL.
For those who don't know, 'You're Beautiful' was a South Korean Drama aired which had been around October/November 2009. So, what make this drama so good you ask? Well, the story for once immediately catch my interest. You're Beautiful tells a story about a trainee nun who are forced to take over her twin brother place (bcoz of plastic surgery gone wrong) in a popular boy-band called A.N.Jell. Lucky for her she can sing and looks like her brother, but trying to lie and hide her real identity from her band-mates is what make me fell in love with this series. I think every actor in this drama works really together. One of the actor in particular (the guy in the green shirt) is incredibly CUTEEE!! His name is Jang Geun Suk and as this post is written, he's 23 years old (only five years older than me). So far the only South Korean actor I only know is Bae Yoong-jun, Hyun Bin, and Rain (kinda sad, really). Anyway, the first moment I laid my eyes on him, he kinda reminded me of someone. I try to think who he looks like and after a while thinking and tossing and turning around - I finally found my answer....

He looks kinda similar to our own Malaysian actor, Syamsul Yusoof  (director Yusoof Haslam son's). Like wha...aat now??? Oh, you don't believe me? Please look below and tell me if I'm wrong....

In picture:
Syamsul Yusuf and Jang Geun Suk
Can you see the resemblance?
Could they possibly be separated by birth??

Same, right? See what did I told you? My eyes don't lie, okay? This actor is my new love interest right now... Any changes will be informed later... Haha...


Thank you for reading this entry. Goodbye for now.

Tuesday, July 27, 2010

Hanging out at Popular bookstore!

Hari yang membosankan pada mulanya telah menjadi hari yang paling menyeronokkan apabila aku, bro aku, and my dad bercadang untuk pergi ke Jaya Jusco Ayer Keroh, Melaka. Kami bertolak tu adalah dalam 8.00p.m, then sampai lebih kurang pukul 9.00 p.m. Ya, memang aku tau agak lewat time yang di pilih tu, but bila hati sudah berkeras mau pergi juga, who can change my mind right? Selagi Jaya Jusco ni tak tutup gi, selagi tulah takde alasan bagi aku untuk tidak menapak... Hehe, nampak jelasnya ketegaranku di situ untuk melopong tengah-tengah malam buta kan? Well... dah aku ajak pastu ayah aku setuju. Nak wat camne kan?

Takkan nak di tolak peluang keemasan sebegini? Itu satu kesengalan namanya...

Besides, aku datang sini memang aku ada tujuan pun. Tujuan utama aku dalah untuk beli the latest English romance novel. Kalau korang nak tau, aku semenjak masuk matrik ni dah die-hard-fan balik, novel-novel english ni semua. Dulu time high school pun suka gak baca, but taklah serious sampai nak berbeli-beli ni semua. Selalu pinjam from library je. Itu pun pinjam bukan under nama aku (nak buat card kena bayar RM1.00 ke hapa, tak kuasa den), but one of my member girls punya. Untung aku leh wat penjimatan 100% camni. Dahlah nak pinjam buku satu sen pun tak bayar, buku tak/lambat pulang pun bukan aku yang kena. Kih kih.... Boleh je nak pedajal member I tu guna cara ni, but tak buat pun sebab I ni baik okeh? Jenis pinjam je buku, pulang on time. Orang berbudi, kita berbahasa... ye tak?

Alasan aku je. Nasib jelah member tu rajin nak melayan kerenah aku yang kedekut nak mam@#s ni.

Okay, berbalik semula ke cerita Jaya Jusco tadi.... Pemandangan pertama aku yang ku sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke dalam Jusco adalah.... Supermarket! Vege, fruits, meat and all other foods stuff you all takyah cakaplah - sudah mula melayang-layang di depan mata ni, but aku tak heran pun tu semua because aku dah ada matlamat yang lebih utama. Book hunting! So, instead of jejakkan kaki masuk kat dalam Supermarket and start capai-capai barang, mataku busy mencari escalator untuk ke tingkat atas. Nasib orang tak ramai pun, so cepat lah sikit kami sampai kat depan POPULAR Bookstore tu...

Bila masuk je dalam bookstore, mula lah kan aku melangkah ke favorite spot aku untuk mencari buku. Terpaksala aku meredah manusia sikit yg rata-ratanya orang Chinese. Kagum tol aku ngan golongan ni. Rajin betul mereka ke sini untuk beli buku, kan? Patutla pandai semacam je. Tak macam aku, baca 1 buku pun sebulan sekali. Tambah-tolak, setahun cuma 12 buah buku jer... haha... anyway, tak kisahlah kan? Yang penting I masih rajin untuk mengangkat dan membaca buku, ye tak?

Since Jusco tutup adalah dalam pukul 10 lebih gitu, lepas beli buku je - kita orang terus belah building. Dah dapat kehendak hati kan, so apa mau tunggu lagi? Dalam perjalanan balik tu, mulalah kan hati ni nak girang tak terkata-kata sebab tak sabar-sabar nak balik dan baca buku. Tetiba terasa pula diri ini bagaikan 8 tahun lagi... Haha... agak pelik perasaan ku ini... tapi itulah ceritanya kalau dah hanging out di POPULAR Bookstores.

Thanks for reading this entry. Goodbye for now.

Friday, June 18, 2010

Bila Aku Sudah Tiada .... MASA!!!

Weekly Tutorial
Assignment
Pop-tart Quiz
Daily Revision
Lab Experiment
Jotter
Lab Report
..............................................................................................................................................................

Inilah yang terpaksa aku lalui setiap minggu. Aktiviti HARIAN YANG WAJIB UNTUK AKU BUAT! Rasa stress dan penat berselang-seli setiap kali nak lalui ni semua. Only one time aku boleh berehat sedikit and that is going HOME. It's the best feeling, y'all... Release tension aku yang terpendam selama berminggu-minggu, melayari internet, watchingTV... etc.. 

Totally FUN!

Sometimes, bila dah tertekan sangat keadaan tu, mulalah aku nak sembam muka kat bantal and then menjerit sepuas-puas hati. Bila dah letih baru bantai tidur. Esoknya, bila bangun, terus tak ingat apa dah and the same routine starts again. Memang macam tulah nampaknya life as a matriculation student ni. Anyway, life must go on! No matter how silly and stupid it sound... That's the way it has to be and shoukd be all from the start!

Gotta go first... I'm really sleepy and need some rest. See you soon

Thank you for reading this entry. Goodbye for now.

Saturday, June 12, 2010

Last Week Moments - 1st Time Buying Meal from Mc Donald Drive-Thru

Next week aku akan balik rumah lagi! Yahoo... best gile. Tak sabar-sabar nak lalu dekat highway lagi. Perjalanan dari kolej aku ke rumah adalah memakan masa selama 1 1/2 jam. That's why aku enjoy sangat time balik because lama. Aku rasakan pemandangan highway time waktu malam memang siok sangat. Minggu lepas time balik pun aku rasa best je. Kalau boleh nak endlessly je kereta parents aku jalan kat highway because I like to see the sunset. Daisuki. Masa tulis ni pun masih terngiang-ngiang di kepala aku. Hai, tak sabar rasanya nak balik minggu depan. This way I can watch the sunset again.

The week before masa balik, ayah aku belikan makan guna drive-thru di Mc Donald. Tak pernah dibuatnya sebelum ni, ada sikit gayat ye. Ini boleh dikatakan first time experience gak ni because aku jarang gila makan McD, apatah lagi guna drive-thru dia. Comment aku pasal fast food di Mc D? Not bad... Although, I think I prefer the fries than the burgers. I dunno what is it with the burgers.  Rase cam pelik sikit and little bit dry. But the pickles are dayyam fine son.

Anyway, balik je rumah, rasa penat tu memang dah tak terkata. Kalau nak rilek-rilek sangat, memang taklah pasal homework aku sudah sedia melambak. Jangan buat gilakk... So, cam biasala, aku layan add math dulu bcoz add math jer yang ade jawapan included kat belakang (senang check kalau salah). Esoknya tu pulak, barulah gi celebrate Birthday adik aku. Kami sekeluarga celebrate birthday dia dekat Pizza Hut kat area Tampin tu je because malas nak drive jejauh. Walaupun ni birthday adik aku, aku amiklah kesempatan ni untuk benda lain macam spaghetti bolognese. Yelah, tak pernah makan kan, so haruslah mencuba. Nak try jugak, sedap ke tak makanan Western kat sini. Memang sedap dan kenyal. (oh-la-la, mammamia...).

Aku balik semula ke kolej dalam hari Ahad. As always, sebelum bertolak tu aku rasa macam malas ke nak balik ke KMJ. Nak kata tak balik, dah balik. Tapi bila nak balik balik je, this happens. Inilah form of depression aku. Tak tahu la kenapa, kan? Makan hari jugak tu nak okey balik (biase 1-2 hari). Biasalah kan. Takes time untuk fit in balik. Tu yang kengkadang malas nak balik rumah tu. Kejap rindu KMJ, kejap rindu rumah... Bercelaru otak dan hati aku nak decide. Last-last aku balik yang merana. Huhu

Heharap time aku balik rumah minggu depan, aku akan lebih prepared untuk deal dengan perasaan aku yang asyik berbelah bahagi ni. Mudah-mudahannya la... :)

Thank you for reading this entry. Goodbye for now.

Thursday, June 3, 2010

Going Home (Again) Tomorrow ;)

So, I'm gonna make this post as a quick update because when I'm writing this - I'm currently at my college cybercafe.

First thing first - it's my little brother (15th) birthday tomorrow, so Happy Birthday, lil brother!. Then I also have a lot's of tutorial to do and surely, endless academic-related stuff to read and go through. So, please God - do give me all the strengthI needed. To be honest, I don't think one day is enough to go home, but that's better than nothing since I get to spend it with my family and they are my main priority. So, yeah... Watch it little bro, you big sistah is coming home! Hopefully the laptop had been repaired so that I get to play with the internet...

Thank you for reading. 

Monday, May 31, 2010

Three (3) Weeks after Entering KMJ - My 1st Time Touching the Keyboards

Pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan (kalau campur this weekla), aku berada kat KMJ ni Perggh, environment die memang gile-gile punya lain. Kalau nak di comparekan dengan sekolah highschool biasa tu, mmg tak same punyalah. So, apa yang lainnya? Well, first of all, jadual waktu kat sini agak padat, tapi subject yang diambil kurang. Contah macam Sem 1 ni. Aku cuma amik 6 jer which is Biology, Chemistry, Mathematic (kat highschool ada dua; Math & Add Maths), English, Pend.Islam and Ko-kurikulum (Ko-Ku) ajer. Sikit kan? Semester 2 pun lebih kurang sama je dengan sem 1 cuma certain subject macam Pend.Islam dan Ko-ku akan ditukar kepada subject lain (e.i: Computer dan Kemahiran Dinamika *belajar etiket*).

Anyway, so bila dah dapat touching-touching keyboard after 3 minggu ni, rase kekoklah pulak. Pulak dah? Time kat matrik sampai termimpi-mimpi. Anyway, memang terasa 'kekekokkan; (is that even a Malay word?) yang takleh di nafikan... Ah, nevermindo. Asalkan dapat aku lepaskan kerinduan aku menulis kat dalam blog ni pun aku dah cukup puas hati.

First week kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), sejujur-jujurnya aku cakap - aku punya lah betul-betul homesick. Mana taknya, selama ni aku mana pernah tinggal internet, TV, air-cond ..etc tu semua (hehe, pampered tak pampered ko rase?), but then bila sampai sini (KMJ), semua facilities tu just GONE! Aduss... Tak biasa pulak la aku 'susah-susah' ni... Okey, sebelum korang muntah hijau dengan confession yang tak berfaedah, jom kita pecahkan amende je aku buat dekat KMJ ni sampai hampir 3 minggu tak touching keyboard?

Minggu 1: Minggu Pendaftaran Pelajar

Ya, bagi sesiapa je yang baru masuk ke kolej, mereka seharusnya tahu bahawa minggu pendaftaran pelajar baru sememangnya meletihkan. Bagi yang dah terbiasa dengan keadaan di asrama penuh, mungkin tak terasa sangat, but I come from highschool biasa punya background... Time pendaftaran lu pun cuma makan 2-3 hari je. So, mana biasa layan pendaftaran sampai seminggu ni... Anyway, long story short - minggu pendaftaran amatlah meletihkan sampai aku pun tak ingat sangat apa yang aku buat. Tapi, apa yang pastinya setiap jam pasti akan dipenuhi dengan aktivitas-aktivitas (asal aku tulis ejaan Indo ni tetiba?) sampai aku takde masa nak ketip kuku dan korek hidung pon (true story).

Minggu ke-2: The Lecture Begin

Okey, selesai first week, jom kita cerita pulak pasal minggu kedua. Yah, minggu di mana sesi kuliah pun bermula! Seriously, minggu kedua ni memang aku blur gila. Belajar pun entah hapa-hapa je yang masuk. Rasa penyesalan memasuki matrik even though tak minat subject science pun mula terasa... But then, aku bila aku renungkan balik, macam tak guna je rasenya aku ni because tak nak berusaha untuk tingkatkan skill study sedangkan bebudak lain pepandai gilak... So, demi menyedapkan hati sendiri serta tekad untuk berubah, aku pun amik buku and start buat latihan macam everyone else. Rasa-rasa macam tak faham ke apa, aku startlah tanya orang.. Kenal ke, tak ke - aku bantai je tanya asalkan hati aku puas... Hahaha. So, by the end of the week; aku taklah blur sebagaimana first day. Kira cepat adapt environment gak aku ni, kan? Al-maklumlah, diri mau survive kan?

Minggu ke-3: Semi-vacation, yeasss!!

So, 3rd week agak special sikit because minggu tu aku cuma 4 days class only before I balik kampung. Pergh, last day nak balik tu pulak ade quiz math. Layan sajalah quiz walaupun hati ni dah macam; "Woo! Get me outta here. Aku dah tak sabar nak balik!". Dahla hari sebelumnya pulak tu ada quiz chemistry. Lolz. Aku dahlah memang 'takde chemistry' dengan chemistry wei! Kalau ada special 'bond' ke apa, memang kompem putus di tengah jalan. Lolz. But, aku but jugak muka pseudo- confident jawab walaupun hati ni tak berape nak yakin. So, yeah - when allz the quizzes are 'ovaaah' (over) - aku pun pack barang-barang and head home. Tiga hari dua malam cuti tu, wei... Maka, bermacam-macam lauk jugaklah mak aku masak. Sampai rasa nak explode perut makan tapi demi masakan ibu punya pasal; rela kuharungi semua. Masakan boleh ku, refuse? (Indo lagi) As for my little bro, well dia asyik berkepit je dengan aku sepanjang aku kat rumah:) (x dela, just kidding). Yelah dah lama tak nampak batang idung kakak die padahal baru 3 minggu aku chow. Rindula tu...

Minggu ke-4: Back to the college, baby....

So, I'm back at KMJ again... Minggu ke-4 di mulakan dengan lecture bersemi experiment chemistry... And of course, accompanied loyally with tutorial exercise. Anyway, as I am writing, actually banyak (tutorial) yang aku tak buat lagi. Huu, pemalas betul aku ni. Tengoklah, siap boleh lepak layan writing blog lagi..( haha, biasa bro kalau nak lepas tension). Anyway, on my defense - that's because I suka take things slowly sebab lagi tenang jiwa.

Anyway, I better stopped writing now. Penat lak. Lepas ni tak taulah plak apa yang aku bakal update kat blog ni. Mungkin akan ada post yang menarik, bagus atau post-post bodoh nanti? Entahla... I can say myself. Heharap aku dapat uruskan masa aku dengan lebih baik lagi lepas ni. That's all...

Thank you for reading this post. Goodbye for now.

Friday, May 7, 2010

Twilight Saga: Eclipse .....Oh YEAH!

picture credit: Google image.
Hanya tinggal sebulan lebih je lagi sebelum Twilight Saga: Eclipse being launch!! Tak sabar-sabar aku.. Aku baru sahaja beli DVD Twilight Saga: New Moon last week and GUESS WHAT? I love it!! To be honest, citernye lebih kurang sama jer macam Novel BUT cam biase director and screenwriting people adjust sikit untuk tak meleret-leret. Anyway, memang superb!.. I really-really like it!  Most of the reason is because Edward Cullen (Team Edward) is soooo cute!

However, kali ini aku dapat rasakan attraction lain masa aku tgk New Moon tu. Attraction yang dimaksudkan ini adalah attraction aku terhadap dua karekter ini iaitu; Alice Cullen (Edward adopted sister) and Carlisle Cullen (Edward adopted father). I'm not sure why, but kedua-dua characters ni sangat interesting bagi aku sehingga meninggalkan kesan yang agak mendalam di dalam kepala hotak ini... That's why, masa tengok movie ni pun, mata aku hanya ditumpukan kat dua watak ni aje. Alice nampak comel gile and so happy-go-lucky while Carlisle pulak; well he looks so cool,handsome and very very kind. Pasal Bella lak, haha malas aku nak citer lelebih... Filem nombor satu kayu, nombor dua pun sama je. Not so much amazing... Edward looks mysterious dan lelain character tu aku x amik kisah sangat. Haha.

But that's the thing, I don't think I'll be around masa citer tu di siarkan kat pawagam nanti (matrix). So, nak tak nak, terpaksalah menunggu DVD keluar je. Well, that's okay pasal aku awal-awal lagi dah mintak adik aku tolong adik aku belikan supaya aku boleh tengok masa balik rumah nanti. ;)

Thanks for reading this entry. Goodbye for now.

Thursday, May 6, 2010

Going away to Matrix!! Wish me luck, okay?

Pejam celik, pejam celik... Dah hampir 2 bulan semenjak aku dapat result SPM 2009 aku... Nak kata okay, tak la ok sangat... Nak kata teruk, tak la teruk sangat pun.. Dari sembilan-sembilan subject tu, aku berjaya untuk dapat 5A sahaja... Well, memang dari mula sampai ke akhirnya, aku dah boleh ramal yg aku boleh dapat tu aje. Dah exam monthly, result camtu je memanjang. Nampak gayanya ramalan aku tu teramatlah tepatnya. Haha, anyway aku bersyukur gile dengan apa yang aku dapat... Semenjak "peristiwa" tu, aku dah semakin banyak belajar untuk terima kekurangan diri aku seadanya dan tak malu untuk mengaku bahawa setiap kekurangan dan kesilapan tu datangnya dari diri aku, dan bukannya org lain. Mungkin korang tak faham, but who cares, right?

What had passed shall always remain in the past. No matter what 'they' say behind me, I'll keep moving forward...

Anyway, sekarang ni hati aku sedikit lega.. Mana taknya, selain dah dapat result SPM, lesen P aku pun dah lepas... Aku start belajar kereta dalam awal bulan Feb-April 2010 gitu. Finally, after usaha yang gigih mempracticekan kereta di parking lot - tanggal 22/4/2010 dpt gak aku melihat lesen P tu. Lepas gak aku mendapat lesen keta lepas 3 kali test dengan JPJ - part 1 and 2. Alah yang part naik bukit, parking dengan tiga penjuru tu. Setiap kali amik, mesti ade satu part sangkut. Haha. Teruk tak teruk? :P (Jangan korang 'ye' kan pulak, or aku sekeh sorang-sorang nanti).

Untuk permohonan IPTA (UPU) dengan Matrix pulak, aku tak risau apa. Dedua aku dapat (fuh, nasib baik). Dahla dedua menda alah tu je yang aku apply. Mampus kalau tak dapat salah satu dan lagi naya kalau takde satu pun yang sangkut! Syukur, dalam diam-diam; nampaknya gayanya ALLAH masih bagi peluang ke-2 tu kat aku... Aku terima peluang ini dengan rela hati.

So, dengan dua aje tawaran but satu saja PILIHAN! Tough decision. Akhirnya, seteleh hot discussion and compromise dengan parents aku - aku memilih ntuk masuk ke Matrix. Yeah~ Even tough aku dapat tempat dekat UITM, aku tak pergi la sebab dapat Dip je. Malasla aku. Tiga tahun of my life tu, guys. Parents aku sendiri pun tak galakkan. Nampak gayanya terpaksala aku berusaha keras untuk bersaing ngan bebudak lain di matrix nanti. Al-maklum sajalah, aku ni bukannya power sangat subjek-subjek killer cam Bio, Chem and Fizik tu semua. Doa dan usaha sajala yang mampu aku taburkan. Heharap adelah kengkawan yang baik hati yang boleh tolong aku kat KMJ nanti..

Itu sajalah luahan hati aku sekarang ni.. Aku dah nak kena stop main Facebook and Myspace.. Lepas ni belajar ajelah yang jadik sarapan, lunch, dan dinner time aku.. Mudah-mudahan aku lepasla Matrikulasi ni agar dapat sambung peringkat ijazah pulak.. Bidang aper, aku sendiri pun tak berapa nak sure... Yang pastinya aku akan usaha lebih!! Ganbatte!

Thanks for reading this entry. Goodbye for now.

Sunday, March 7, 2010

Introduction

Hi. I am Mimi Said, the one and only OWNER of this BLOG. If this is your first time of reading this blog, then I welcomed you on board - to your first journey across Angelic Confession; the ever-changing blog based on a summarized reflection of my life. 

'Angelic Confession' is like a public journal for me; where everything I had experience in life and if its deemed interesting enough to me - you could find it in here. In a way, it sort of signifies a period of growth in my life, because so far - there hasn't been a year that wasn't important for me.

After investing some quality time to find a good name for this blog, I finally settles with 'Angelic Confession'. Why did I choose this name, you ask? The reason for is simple. You see, for every post that had made it through here - you can say or see it as sort of a confession that I had make, not just to myself, but also to the whole wide world. It's not always easy to admit to something, you know (online or offline), which kind of made me wanted to believe that there's something pure to account for such an act....

Hence, the name - 'Angelic Confession'.

Most of the entry in this blog will be equally written in Malay & English - and apologies in advance, if there shall be any unsatisfactory or misleading thoughts upon my grammar. English is not my first my language, but I feel comfortable of using it and think that it shouldn't have been the reason to stop me, especially in writing.

All I wanted is for you to take a bit of your time, have this quiet journey with me and little peak in my life.

So, let the confessions begins.

Yours Truly,
Mimi Said