Hari yang membosankan pada mulanya telah menjadi hari yang paling menyeronokkan apabila aku, bro aku, and my dad bercadang untuk pergi ke Jaya Jusco Ayer Keroh, Melaka. Kami bertolak tu adalah dalam 8.00p.m, then sampai lebih kurang pukul 9.00 p.m. Ya, memang aku tau agak lewat time yang di pilih tu, but bila hati sudah berkeras mau pergi juga, who can change my mind right? Selagi Jaya Jusco ni tak tutup gi, selagi tulah takde alasan bagi aku untuk tidak menapak... Hehe, nampak jelasnya ketegaranku di situ untuk melopong tengah-tengah malam buta kan? Well... dah aku ajak pastu ayah aku setuju. Nak wat camne kan?
Takkan nak di tolak peluang keemasan sebegini? Itu satu kesengalan namanya...
Besides, aku datang sini memang aku ada tujuan pun. Tujuan utama aku dalah untuk beli the latest English romance novel. Kalau korang nak tau, aku semenjak masuk matrik ni dah die-hard-fan balik, novel-novel english ni semua. Dulu time high school pun suka gak baca, but taklah serious sampai nak berbeli-beli ni semua. Selalu pinjam from library je. Itu pun pinjam bukan under nama aku (nak buat card kena bayar RM1.00 ke hapa, tak kuasa den), but one of my member girls punya. Untung aku leh wat penjimatan 100% camni. Dahlah nak pinjam buku satu sen pun tak bayar, buku tak/lambat pulang pun bukan aku yang kena. Kih kih.... Boleh je nak pedajal member I tu guna cara ni, but tak buat pun sebab I ni baik okeh? Jenis pinjam je buku, pulang on time. Orang berbudi, kita berbahasa... ye tak?
Alasan aku je. Nasib jelah member tu rajin nak melayan kerenah aku yang kedekut nak mam@#s ni.
Okay, berbalik semula ke cerita Jaya Jusco tadi.... Pemandangan pertama aku yang ku sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke dalam Jusco adalah.... Supermarket! Vege, fruits, meat and all other foods stuff you all takyah cakaplah - sudah mula melayang-layang di depan mata ni, but aku tak heran pun tu semua because aku dah ada matlamat yang lebih utama. Book hunting! So, instead of jejakkan kaki masuk kat dalam Supermarket and start capai-capai barang, mataku busy mencari escalator untuk ke tingkat atas. Nasib orang tak ramai pun, so cepat lah sikit kami sampai kat depan POPULAR Bookstore tu...
Bila masuk je dalam bookstore, mula lah kan aku melangkah ke favorite spot aku untuk mencari buku. Terpaksala aku meredah manusia sikit yg rata-ratanya orang Chinese. Kagum tol aku ngan golongan ni. Rajin betul mereka ke sini untuk beli buku, kan? Patutla pandai semacam je. Tak macam aku, baca 1 buku pun sebulan sekali. Tambah-tolak, setahun cuma 12 buah buku jer... haha... anyway, tak kisahlah kan? Yang penting I masih rajin untuk mengangkat dan membaca buku, ye tak?
Since Jusco tutup adalah dalam pukul 10 lebih gitu, lepas beli buku je - kita orang terus belah building. Dah dapat kehendak hati kan, so apa mau tunggu lagi? Dalam perjalanan balik tu, mulalah kan hati ni nak girang tak terkata-kata sebab tak sabar-sabar nak balik dan baca buku. Tetiba terasa pula diri ini bagaikan 8 tahun lagi... Haha... agak pelik perasaan ku ini... tapi itulah ceritanya kalau dah hanging out di POPULAR Bookstores.
Thanks for reading this entry. Goodbye for now.
No comments:
Post a Comment