Monday, May 31, 2010

Three (3) Weeks after Entering KMJ - My 1st Time Touching the Keyboards

Pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan (kalau campur this weekla), aku berada kat KMJ ni Perggh, environment die memang gile-gile punya lain. Kalau nak di comparekan dengan sekolah highschool biasa tu, mmg tak same punyalah. So, apa yang lainnya? Well, first of all, jadual waktu kat sini agak padat, tapi subject yang diambil kurang. Contah macam Sem 1 ni. Aku cuma amik 6 jer which is Biology, Chemistry, Mathematic (kat highschool ada dua; Math & Add Maths), English, Pend.Islam and Ko-kurikulum (Ko-Ku) ajer. Sikit kan? Semester 2 pun lebih kurang sama je dengan sem 1 cuma certain subject macam Pend.Islam dan Ko-ku akan ditukar kepada subject lain (e.i: Computer dan Kemahiran Dinamika *belajar etiket*).

Anyway, so bila dah dapat touching-touching keyboard after 3 minggu ni, rase kekoklah pulak. Pulak dah? Time kat matrik sampai termimpi-mimpi. Anyway, memang terasa 'kekekokkan; (is that even a Malay word?) yang takleh di nafikan... Ah, nevermindo. Asalkan dapat aku lepaskan kerinduan aku menulis kat dalam blog ni pun aku dah cukup puas hati.

First week kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), sejujur-jujurnya aku cakap - aku punya lah betul-betul homesick. Mana taknya, selama ni aku mana pernah tinggal internet, TV, air-cond ..etc tu semua (hehe, pampered tak pampered ko rase?), but then bila sampai sini (KMJ), semua facilities tu just GONE! Aduss... Tak biasa pulak la aku 'susah-susah' ni... Okey, sebelum korang muntah hijau dengan confession yang tak berfaedah, jom kita pecahkan amende je aku buat dekat KMJ ni sampai hampir 3 minggu tak touching keyboard?

Minggu 1: Minggu Pendaftaran Pelajar

Ya, bagi sesiapa je yang baru masuk ke kolej, mereka seharusnya tahu bahawa minggu pendaftaran pelajar baru sememangnya meletihkan. Bagi yang dah terbiasa dengan keadaan di asrama penuh, mungkin tak terasa sangat, but I come from highschool biasa punya background... Time pendaftaran lu pun cuma makan 2-3 hari je. So, mana biasa layan pendaftaran sampai seminggu ni... Anyway, long story short - minggu pendaftaran amatlah meletihkan sampai aku pun tak ingat sangat apa yang aku buat. Tapi, apa yang pastinya setiap jam pasti akan dipenuhi dengan aktivitas-aktivitas (asal aku tulis ejaan Indo ni tetiba?) sampai aku takde masa nak ketip kuku dan korek hidung pon (true story).

Minggu ke-2: The Lecture Begin

Okey, selesai first week, jom kita cerita pulak pasal minggu kedua. Yah, minggu di mana sesi kuliah pun bermula! Seriously, minggu kedua ni memang aku blur gila. Belajar pun entah hapa-hapa je yang masuk. Rasa penyesalan memasuki matrik even though tak minat subject science pun mula terasa... But then, aku bila aku renungkan balik, macam tak guna je rasenya aku ni because tak nak berusaha untuk tingkatkan skill study sedangkan bebudak lain pepandai gilak... So, demi menyedapkan hati sendiri serta tekad untuk berubah, aku pun amik buku and start buat latihan macam everyone else. Rasa-rasa macam tak faham ke apa, aku startlah tanya orang.. Kenal ke, tak ke - aku bantai je tanya asalkan hati aku puas... Hahaha. So, by the end of the week; aku taklah blur sebagaimana first day. Kira cepat adapt environment gak aku ni, kan? Al-maklumlah, diri mau survive kan?

Minggu ke-3: Semi-vacation, yeasss!!

So, 3rd week agak special sikit because minggu tu aku cuma 4 days class only before I balik kampung. Pergh, last day nak balik tu pulak ade quiz math. Layan sajalah quiz walaupun hati ni dah macam; "Woo! Get me outta here. Aku dah tak sabar nak balik!". Dahla hari sebelumnya pulak tu ada quiz chemistry. Lolz. Aku dahlah memang 'takde chemistry' dengan chemistry wei! Kalau ada special 'bond' ke apa, memang kompem putus di tengah jalan. Lolz. But, aku but jugak muka pseudo- confident jawab walaupun hati ni tak berape nak yakin. So, yeah - when allz the quizzes are 'ovaaah' (over) - aku pun pack barang-barang and head home. Tiga hari dua malam cuti tu, wei... Maka, bermacam-macam lauk jugaklah mak aku masak. Sampai rasa nak explode perut makan tapi demi masakan ibu punya pasal; rela kuharungi semua. Masakan boleh ku, refuse? (Indo lagi) As for my little bro, well dia asyik berkepit je dengan aku sepanjang aku kat rumah:) (x dela, just kidding). Yelah dah lama tak nampak batang idung kakak die padahal baru 3 minggu aku chow. Rindula tu...

Minggu ke-4: Back to the college, baby....

So, I'm back at KMJ again... Minggu ke-4 di mulakan dengan lecture bersemi experiment chemistry... And of course, accompanied loyally with tutorial exercise. Anyway, as I am writing, actually banyak (tutorial) yang aku tak buat lagi. Huu, pemalas betul aku ni. Tengoklah, siap boleh lepak layan writing blog lagi..( haha, biasa bro kalau nak lepas tension). Anyway, on my defense - that's because I suka take things slowly sebab lagi tenang jiwa.

Anyway, I better stopped writing now. Penat lak. Lepas ni tak taulah plak apa yang aku bakal update kat blog ni. Mungkin akan ada post yang menarik, bagus atau post-post bodoh nanti? Entahla... I can say myself. Heharap aku dapat uruskan masa aku dengan lebih baik lagi lepas ni. That's all...

Thank you for reading this post. Goodbye for now.

No comments:

Post a Comment