Wednesday, May 6, 2020

Malaysian Streaming Services ( A Year Update)

So, last year, aku ada buat sedikit comparison between 3 jenis streaming services yang ada kat Malaysia ni. Tujuannya mudah je... Aku nak ada clear head space supaya bila aku kembali setahun kemudian, aku boleh buat perbandingan streaming service mana yang aku still kekalkan, dan yang mana tinggal. Hasilnya, of courselah post ni.

BTW, just nak cakap - sori not sori aku dah lama gila tak update. Alasan aku macam-macam, tapi yang paling obvious adalah aku MALAS. Rasanya sejak dari dulu, kini, dan selamanya pun aku dah gunakan alasan ni. Huhu. Cuma sejak memerap kat dalam rumah sebab PKP (perintah kawalan pergerakan) - semakin membuak-buak pulak jadinya sifat aku yang satu tu. Kadang-kadang sampai ke tahap hari ini hari apa pun aku boleh lupa. Ahahahaks (walaupun tak berapa nak lawak).

Anyway, berbalik semula pada main topik hari ni. Streaming services. Ada tiga yang aku mention last year iaitu Dimsum, Viu dan iflix. Tapi, mengikut peredaran masa aku nak tambah satu lagi iaitu Netflix Malaysia. So, nak tahu pendapat aku tentang keempat-empat streaming services ni? Apa lagi scroll lah sampai habis, okey?

 1.) Dimsum

Dimsum logo

Sepanjang tahun ni, aku subscribe kat Dimsum ni adalah dalam 2 kali. Tapi aku dapat tengok 1 bulan 1/2 (bayar) + 2 bulan free (promo) = 3 1/2 bulan jeh. Cerita Cina banyak dalam ni dan aku tak nafikan tarikannya tapi for some weird reason setiap kali aku subscribe - aku cuma akan tertarik untuk tengok satu cerita ni je. Nama cerita tu 'Madam Cutie On Duty' (2015). Pelakon dia Edwin Siu dengan Priscilla Wong. Entah apa jampi diorang ni pakai, sampai aku tengok drama ni ulang-tayang nak dekat 4 kali pun still tak bosan. Tambah best bila aku Google and dapat tahu yang diorang ni dah kahwin. Pergh, kalau dah ada chemistry tu takkan kemanalah. Anyway, that's besides the point. Aku cuma nak beritahu yang aku tak pakai sangat pun Dimsum ni. So, tu yang aku tak subscribe lagi tuh.

Hari tu aku tyrlah guna Dimsum kat MiBox. Saje main test-test sebab last year belum boleh sepenuhnya lagi. Aku rasa time tu dia punya apps tak berapa nak stable lagi, kot? Sekarang ni dah okey dah. Tapi, memandangkan aku dah tak tengok Dimsum lagi - tak penting pun perenggan kat atas tuh, so nak abaikan ke apa dipersilakan. Harga pulak masih sama macam tahun lepas (RM13.90). Itu jelah story aku berkenaan streaming service yang pertama ni. Let's move on to the next one...

2.) Viu

Viu logo



Okey, now let's talk about Viu pulak. Yang ni jujur cakap memang aku langsung tak pernah nak subscribe. Reason? Dah ku kata yang dia ada 60% free content, 40% premium. So, aku tak rasa berbaloi pun nak subsribe RM10.00 setiap bulan untuk tengok cerita kat dalam ni. Tambah pulak aku dah tak berapa nak layan drama dari South Korea macam dulu (sejak dua tiga tahun ni aku rasa drama diorang macam dah tak berapa nak menariklah - not sure why?). Part download offline tu boleh lagi atau tak aku aku tak sure sebab dah lama uninstall apps ni dalam mobile phone aku. Tapi, aku still install lagi apps ni dalam MiBox aku so once in a while, kalau hati tiba-tiba rasa teringin tu aku berbalik balik lah kat apps ni. Still, jarang gila aku nak buat macam ni sebab sekarang aku dah pakai Netflix.

3.) Netflix

Netflix logo

Sekitar bulan lapan tahun lepas (2019), satu family aku dapatkan Netflix subscription nih. Aku sendiri pun tak berapa nak kisah kalau ada Netflix ataupun tak, just saje je nak try. Bila dah try tu - takleh nak berhentilah pulak. Subscription untuk one family adalah RM55.00 per month. Katakanlah family kau ada 4 orang, jadi lebih kurang RM14.00 per head. Murahlah tu considering catalogue Netflix yang tersangatlah banyaknya. Kalau Dimsun dan Viu tadi cover about 10%, Netflix ni boleh aku katakan cover around 40-45%. Banyak kan? Bolehlah kalau biji mata/otak/hati korang teringin nak tengok cerita Western ke, South Korea, Chinese, Thailand, atau Hindi sekalipun. Baru-baru ni aku perasan cerita-cerita Malaysia pun dah masuk jugak dekat Netflix. Pasal kualiti tu, aku takleh nak cakap banyaklah (karang korang kata aku acah-acah bagus pulak). Apa-apa pun, aku rasa perkataan 'macam-macam ada' tu dah takleh nak apply kat Astro satu je pasal Netflix pun boleh offer korang dengan banyak cerita yang boleh menepati citarasa semua. Serius, kalau korang jenis pemalas nak cari cerita kat internet - Netflix is the next best choice.

Setakat ni aku gunakan Netflix untuk cari drama baru. Kat sini diorang biasanya berikan kau drama season penuh instead of sekerat-sekerat macam iFlix tu. Nak lagi umphhh, belilah VPN ke apa. Seantero dunia punya Netflix catalogue kau leh access. Tapi, sebab aku ni citarasa Malaysia (Asian katanya), Netflix Malaysia pun lebih dari cukup dah. Kekadang tu sampai tak habis tengok pun. So, takyahlah VPN-VPN ni semua. Buat menyusahkan hidup jer dan membazir duwet jeh.


4.) iFlix

iflix logo

Okeylah guys, kita dah pun sampai ke penghujung post. Last but not least, aku nak cerita pasal iflix. Yang ni sebenarnya aku malas nak sentuh. Ada je dia menyemak kat dalam MiBox aku tu tapi namanya aku nak bukak memang haram sampai kesudah. Ada dua sebab aku tak heran sangat heran iflix ni. Nombor satu, cerita dia tak banyak. Nombor dua pulak, cerita tak lengkap. Yes, aku tahu diorang bagi cerita 40% free - 60% premium, tapi aku paling pantang bila apps offer cerita tak habis ni. Habis tu kau nak aku tengok yang balance-balance tu kat mana hah? Netflix? Lol. Anyway, sangat jarang aku gunakan apps ni tapi bila dah takde modal tu and taktau nak tengok citer apa - mulalah tangan aku merayap pi bukak apps ni kan. Tapi, itu pun kalau terpaksa.... Kalau tak terpaksa, macam biasalah aku bukak Netflix atau Youtube je. Kedua-dua apps tu tak pernah mengecewakan aku. 

Okay guys, sampai sini sajalah post aku untuk hari ni. Letih pulak membebel bagi review tak berbayar mengenai streaming services ni semua. Macam biasa, aku harap company-company yang disebutkan ini semua tak saman aku or whateverlah sebab review yang aku berikan ni hanyalah berdasarkan user experience aku semata-mata. Sesen pun aku tak dapat untuk puji mana-mana streaming services pun. Anyways with that being said, thank you so much for reading this and I see you soon on my next post. Bye guys.


Yours Truly,
Mimi

No comments:

Post a Comment