Hello guys. So hari ni aku nak cerita pasal one of my favorite online shopping site yang ada kat Malaysia ni: Zalora. Kalau nak tau, sejarah aku membeli dengan Zalora ni bermula sejak tahun 2017 lagi. Time tu niat asal nak beli kasut jer. Pastu, bila kasut datang and aku check kualiti eh..eh.. nice pulak. Haaa, itu yang start explore menda-menda lain dan start membeli tuh.
Jadi, tujuan post hari ni adalah untuk bercerita tentang pengalaman aku menggunakan site ni. Masuk tahun ni, dah lebih 8 kali aku beli dekat sini. Dari kasut, baju, sampailah ke jam tangan - semuanya aku borong. Reason? Sebab sini banyak barangan berjenama yang cantik dan berkualiti. Dahlah berjenama, murah pulak tu. Dah sah-sahlah aku nak, ye tak?
Aku tahu kalau korang ke website Zalora sekarang, korang pasti akan nampak banyak sangat baju yang mahal-mahal kat sana. Mungkin hati korang berkenan, tapi masalahnya duit pulak tak cukup. Hehe, don't worry. Apa kata korang masukkan baju tersebut dalam shopping bag dulu, pastu check every week. Zalora selalu bagi diskaun dan diskaun ini bukan hanya tertakluk dalam site mereka sahaja. Korang boleh juga jumpa diskaun ni daripada promo code apps yang lain seperti Boost, Hotlink Red Apps dan sebagainya.
Sepanjang aku membeli di Zalora, aku tak pernah kena bayar retail. Sejak dari awal lagi, in-store promotion mereka memang banyak. Cuma tunggu masa yang sesuai je untuk membeli. Oleh itu, kesabaran adalah amat penting untuk membeli belah di Zalora ni, ya? Jangan tak sabar sangat sampai ter'beli' time harga tengah mahal. Bazir duit korang je. Apa kata tunggu seminggu dua pasti akan ada promotion yang sedang menanti korang. Anyway, promote-promote gak, berikut adalah hasil pembelian aku sepanjang tahun 2017;
Feb 2017: Dua pasang kasut daripada Something Borrowed |
Time ni kasut yang selalu aku pakai tu dah tercabik sana-sini. Al-maklumlah, dah pakai nak dekat 3 tahun kan so segan pula nak continue pakai untuk hari-hari. Maka aku pun check out lah Zalora ni untuk tengok apa ada. Nampak lak dua pasang kasut kat atas ni, harga pulak masing-masing RM59.00. Pe lagi, melonjak hepi lah aku untuk membelinya...
May 2017: Jam Casio dan Sandal from Something Borrowed |
Aug 2017: Clothing from Something Borrowed |
Nov 2017: Again, from brand Something Borrowed |
Memandangkan tahun 2017 pun berlalu sudah, marilah kita beralih ke tahun 2018 pula. Hah, tahun 2018 aku agak berjimat cermat sedikit sebab aku beli kat site ni 3 kali sahaja. Berikut merupakan hasil belian aku untuk tahun yang disebutkan;
April 2018: Playboy bagpack and shoe from Something Borrowed |
Aku ingat lagi time aku buat purchase ni. Masa ni, beg telinga kucheng yang aku dah pakai selama hampir dua tahun tu dah berlobang. Takut lappy aku cicir ke hapa pastu tak pasal jahanam, maka aku pun ke site Zalora sekali lagi untuk mencari laptop bag yang baru. Nasib baik time aku cari tu, Zalora tengah buat diskaun (lagi). Aku suka jenama Playboy, so memang bestlah bila nampak diskaun ni ada kan. So, tanpa menunggu - aku pun masukkanlah backpack di atas dan juga sepasang kasut baru dari Something Borrowed dan terus ke checkout. Memang syiookkk...
Oct 2018: Clothing from brand Kodz, Zalia and Zalora |
Nov 2018: Clothing from Something Borrowed and Zalora |
Okay, selesai tahun 2018, marilah kita beralih pula ke tahun 2019. Hah, yang ni aku nak cakap pun aku tak tau macam mana. Tapi, apa yang pasti... Tiap-tiap minggu aku pergi check dan pastu aku beli sebab diskaun memang gila melambak wa cakap lu. Buktinya, tengoklah kat bawah ni;
Bulan Februari, aku teringin nak beli jacket baru. Sebab tak pernah ada jacket warna merah, maka bila ternampak je - aku pun belilah. Seriously, aku tak pernah ada jacket jenis ni sebelum ni. Memang cun habis. Also, aku tambah T-Shirt sebab aku dah lama tak beli T-Shirt baru. Ni pun bukan semua purchase sebab ada satu yang kena cancel. Nasib aku buat cash on delivery jer.
Feb 2019: Clothing from Something Borrowed and Zalora |
April 2019: Pink Plaid jacket from Something Borrowed,
Bathrobe from Chelsea Peers and White Jacket from Missguided
|
Dua bulan berlalu semenjak aku beli barang kat Zalora. Bulan April 2019, aku kembali lagi sebab nak bagi self-treat memandangkan ianya birthday month aku. Sebab aku suka sangat jacket merah yang aku beli Februari aritu, aku cari lagi jacket-jacket murah yang ada di sini. Macam yang korang kat atas, semuanya 25% diskaun ya so takdelah rugi sangat membeli... Also, that purple bathrobe comfy gila boleh selimut (kalau rumah kau takde selimutlah).
April 2019: Casio Black Watch, Overalls (Black and White), Ivy Park T-Shirts, and Black Coin Purse |
Masih di bulan April, aku rasa macam tak puas hati even after beli jacket-jacket di atas. Aku kembali lagi sebab nak beli jam baru dari Casio. Bukan sebab rosak ye jam aku tu, tapi sebab aku kesian jam lama aku tu asyik pakai je hari-hari - takut pulak terputus strapnya lagi. Tu pasalnya aku beli lagi cuma kali ni warna hitam. Kali ni spesial skit 55% cuma yang ni aku kena combine diskaun sikit baru dapat 55% tu. Caranya adalah Zalora beri diskaun (buy 3 get 40% off) + code daripada apps lain (e.i: Boost/Hotlink Red). Hasilnya adalah 55% yang aku sebutkan untuk kesemua baju dan juga barang-barang yang ditunjukkan disini.
May 2019: Brown hoodie from Supre, Yellow jacket from ONLY, Lilac jacket from Shopsfashion, Rain Jacket from Something Borrowed and Mango T-Shirts. |
Bulan Ramadan 2019, angin membeli aku tu datang mengila lagi. Kesannya adalah aku bershopping sakan dan ter'beli' semua baju-baju yang ada kat sini. Seperti yang korang tahu, aku memang berkenan dengan jacket sedari awal tahun lagi jadi aku pun tambah la koleksi aku . Seperti yang korang lihat, ada jacket yellow dan lilac kat sini. Dua-dua aku dah pakai and dedua pun aku suka. Pastu, dapat pula beli T-Shirt Mango black and white dengan harga yang murah. Untuk mencukupkan code voucher yang aku cilok dari Boost (25% off), aku pun tambah lah hoodie dengan baju hujan. Memang murah wa cakap lu. Aku sangat berpuas hati.
June 2019: Sweatshirt from Factorie, Hoodie from Supre, Yellow hoodie from Shopsfashion,
Baby blue sweatshirt from Gaps, and Yellow stripes Jumper from Pieces.
|
Awal Syawal, Zalora masih berterusan membuat sales-sales yang murah-murah camni. Aku pun lepas ronda-ronda H&M, Padini, Brands Outlet and other clothing store tapi masih tak jumpa sweatshirt dengan hoodie yang aku suka - telah membuat keputusan untuk skodeng Zalora lagi meskipun baru je membeli dari site ni kira-kira dua minggu sebelumnya. Cari punya cari, scroll punya scroll - akhirnya terjumpa juga beberapa pieces of clothing yang aku suka dan approve. Kali ni, diskaun yang aku dapat masih sama (Boost; 25% off) dan ada extra diskaun kalau aku beli voucher Zalora daripada boost. So, average baju-baju ni semua aku dapat dalam RM27 hengget jer. Sangat murah, tapi kualiti ok ke tak aku pun tak pasti sebab belum sampai lagi untuk aku cuba.
Okaylah guys, that's it for today's post. Apa yang boleh aku katakan adalah sepanjang aku membeli daripada Zalora ni - aku jarang ada bad experience. Barang selalu sampai on time, murah dan kualiti bagus. Aku takleh cakap kalau ini adalah belian aku yang terakhir tapi for the sake of my wallet and mental health - mudah-mudahan itulah ceritanya. Anyways, thank you so much for reading this post guys. Hope to see you again on my next one. Bye bye!
Yours Truly,
No comments:
Post a Comment