Saturday, March 5, 2016

The Tale of Big Bad Wolf Sale & Awesome Posters

Muahaha... baru tak sampai 3 hari aku update blog, hari ni aku update lagi. Well, apa leh buat kalau aku ada story nak mari lagi. Ngahaha. Sorry not so sorry yeah since this is mah blog... So, like it or not momma's gonna write anything she wanted in here. *wink...wink*

Okay. Berbalik semula kepada title entry di atas; Big Bad Wolf Sales (BBW). Yes, satu nama yang cukup sinonim dengan pesta buku di Malaysia. Pesta yang di adakan beberapa kali dalam setahun ni memang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung terutamanya dari kalangan student dan parents. Heh, mana-mana student yang nak habiskan saki-baki BB1M, parents yang nak mencari buku coloring untuk anak-anak, atau adults sekadar nak cuci-cuci mata or mencari poster-poster hebat - tak fikir mana dah, pasti akan bertandang ke sini.   

Dan aku sebagai seorang student and book lovers, turut tidak terkecuali.  

Sebenarnya aku dah lama nak buat entry pasal book fair seperti BBW ni. Lama sesangat dah. Cuma macam biasa, aku ada sikit malas bila datang nak mengulas/buat review mengenai benda yang aku dah buat. So, that's why this entry got delayed sampai ke hari ni. But, since today I'm in a good mood and 'terlebih' rajin sikit... aku fikir apa salahnya kalau aku update jer kat sini. Kang aku malas lagi kang, tergendala plak lagi (lolz)...

Orite, let me get straight to the heart of this story. Sepanjang hayat aku, aku dah attend BBW 3 kali (2014, 2015 and 2016, respectively). Aku masih ingat lagi time aku first-first datang sini dulu (2014). Back then aku masih lagi study kat UKM and baru je received my third BB1M. So, korang faham-faham jelah bertapa melonjak nya aku bila dapat tahu yang ada BBW dekat Mines time tu. Haha... siap set the date lagi dengan family aku untuk ke sana time weekend agar dapat mengangkut buku. Time tu baucer aku masih full lagi, so level excitement aku memang tahap tak terkawal dah. Dalam hati aku siap berkata-kata; 

"Hehe... book fair biasanya big event. Gerenti banyak buku dapat beli ni... Nak beli berapa ek? Mesti sampai tak cukup satu trolley kan? Kan? KAN?"...  Haha, betapa tamak haloba nya aku time tuh. Yes, hakikat ini memang takleh di nafikan... 

Tapi... dalam excited-excited aku tuh, aku tak tahu yang that year yang aku pergi tu actually cam sengal sikit. Instead of dapat choose buku yang aku suka and then bayar di kaunter - aku telah di'paksa' untuk membeli kotak. Tarak kotak, takleh beli buku. My reaction at the time like... what the fak? Aku ingat lagi ada dua jenis kotak time tu; M & L. Yang M tu price dia RM69 lau tak silap, yang L pulak RM99. Pergh, price tag dia... Nasib je aku ada baucer time tu, klu tak bye-bye-la-BBW-jangan-harap-aku-nak-beli la jawabnya... Anyway, long story short - aku beli dua kotak bersaiz L (one for me, another for my parents) and yeah after that sesi sumbat-menyumbat buku dalam kotak tak kira kualiti pun bermula. Huu... menyesal je aku pergi that year masa diorang wat stupid rules tu sebab sampai sekarang buku-buku tu semua aku masih tak habis baca lagi (-.-):

Heh... kalau dah banyak ni buku, cube cite camne aku nak habiskan??
So, selepas tu, aku kinda stop membeli buku sekejap. Biasalah, dah terlajak perahu kenalah berundur kan? Aku reflect balik mistake yang aku dah buat di BBW Mines dulu. Okay, kali ni no more reckless and senseless buying (or stuffing, in my case), aku akan beli buku yang aku betul-betul minat jer. Kalau diaorang suruh aku beli kotak lagi, maka akan ku amik kotak tu semua and sumbat-sumbat mereka kat dalam tu. Amik ko. Obsess sangat ngan kotak kan? Haik, ter-over plak marahnya aku di situ. Hehe... excuse me. Anyway, last Dec BBW buat sekali lagi event ni, but this time aku dah ready. Nak pakai baucer aku memang tarak la, but I still decide to give BBW another chance...

Hello guys.
Since Mines dekat dengan uni bro aku,
aku pun invite dia untuk join sekali
even though dia tak berapa nak minat pun.
Bagus budak ni ikut je aku tanpa banyak songeh.
#adikmithali
Entrance Big Bad Wolf 2015 @ Mines.
Welcome back, Mimi.
Big Bad Sign
.#Neonlights #hurtmyeyes #butiloveit

Masa aku pergi ni BBW dah revoke dah pembelian kotak-kotak ni semua. Baguslah. Cuma yang tak berapa nak syioknya, banyak title buku kali ni yang memang masyuk dengan soul aku dan aku teringin nak beli tapi tak dapat coz tak bawak cukup $$$. Aku beli mana yang mampu jeh asalkan aku puas hati. Adalah dalam 5-6 buah aku beli. Sempat je aku join newsletter dia lepas tu in case BBW ada buat event camni lagi ini the foreseeable future. Sori takde gambar buku yang dapat aku show-off kan masa aku ke sini pasal terlupa nak amik itu hari.

Disebabkan aku join newsletter dia, about three months later, aku dapat notification from BBW crew yang sekarang ni dia orang tengah held event dekat MITC Ayer Keroh, Melaka. Aku fikir ok jugak tu, since buku yang aku beli hari tu pun dekat habis baca dah. Aku tak pergi dengan bro aku kali ni, tapi dengan ayah aku. Kalau nak tahu, ayah aku pun lebih kurang sama je macam aku. We share the same passion in reading, although our taste is a bit different. Ayah aku minat baca buku pasal war, military, history, chopper, etc... while myself minat buku macam biography, crime, literature, travel, and romance je.

Antara buku-buku yang di pamerkan di BBW MITC Ayer Keroh, Melaka
Seperti visit aku di BBW Mines 2015, buku yang aku pilih adalah lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. Disebabkan MITC ni taklah sebesar Mines tu, so dapatlah aku tawaf semua tempat. Cuma section cooking, malay novels, and children books je aku elakkan pasal aku dah beli novel kat PWTC International Book Fair aritu. 

Setelah puas berlegar-legar dan membayar harga buku, maka aku pun melangkah pergi. Malas nak duduk sini lelama (karang aku cair untuk beli buku lagi lak). OK, target aku sekarang nak cepat sampai ke gate keluar, but belum jauh pun aku berjalan, langkah ku terhenti apabila terlihat poster kat bawah ni;

OMG! Games of Thrones (GoT) da...
♪ Dun dun ta ra dun dun... ta ra dun dun (lagu starting GoT) ♫ 
Sekali ngan abang Heisenberg from 'Breaking Bad' lak tuh.
Compassion please... 
And this!
Oh Miss Monroe.... Why are you always such a tease? ;)
And thizz!!!
My Lady Hepburn.
Hail to the Queen of Cuteness Overload!
Omigod. Situasi sebegini memang kasi aku rambang mata, wokeh? Dahla I die-hard Audrey Hepburn. Cis... Poster macam ni agak mahal (sebab exclusive and printed in UK you) and dah pastinya tarak dalam budget aku... Hai, ape leh buat... next time perhaps?


But wait... baru je aku nak give up tetiba aku ternampak lak section poster yang ni. RM10.00? Biar betul. Besar KOT! Ko biar betul nak jual mende alah ni RM10.00 jer??? Haha... banyak kali aku tatap price tag tuh untuk pastikan ianya tak berubah. Aku ni kalau nak beli barang memang berkira sket... Oklah, maybe uolls' leh kata yang poster camni biasanya reject-reject punya jer... Oh, well... cuba ko tengok gambar poster ni betul-betul. Lu orang tau tak poster ni quote from whom? Tau tak? Tau tak???......
This guy.
(Picture courtesy Google image)
Ok. Siapa yang angkat tangan jawab Brad Pitt tadi, sila jangan terkejut kalau aku kata jawapan korang tu salah. Brad Pit tak pernah wat quote camtu dalam life dia, okeh? Haha... tak caye gi tanya Jen or Angie. So, kalau bukan Brad Pit yang quote, apekehal lak aku show-off gambar dia kat sini? Adakah sebab dia hensem dedulu or had I lost my mind already? No my fren... Memang bukan Brad Pitt yang bagi direct quote ni, but his character does! Kalau nak taulah, quote bagi poster ni datangnya dari character yang di mainkan oleh beliau iaitu Tyler Durden dalam movie, yes as it already stated there - 'Fight Club'. Honestly, dah banyak movie aku tengok dalam hidup aku - tapi Fight Club lah yang paling leave deep impression to my core. Yep, definitely one of my favorites. Bukan Titanic, Twilight, mahupun Harry Potter yer anda-anda semua... tapi Fight Club! Banyak valuable lesson pasal life and hidden message dapat di interpret dalam movie ni. Nak tau best tak best dia, gi tengok sendiri ye.

Sebab aku fans movie ini, maka harus mendapatkan 
poster besar gila gedabak tapi so cheap liao ni.
This is definitely going on my wall.
(p/s: tetiba terbayang lak shirtless Tyler Durden/Brad Pit
masa dia bagi quote nih....mhhmm...)
Yep. Dah betul lah tagline tu HP.
Compared to Tyler Durden & The Narrator,
ko sangat undesirable di mataku. Wakaka...
But don't get me wrong, I still <3 Daniel Radcliff.wokeh and his movies.
Aku tak bawak beg besar-besar masa shopping buku.
Berat kot. So, aku bawak beg saiz camni.
Buku yang korang nampak adalah antara yang aku
beli di BBW Mines last year.
Selesai shopping buku, aku terus ke AEON Bandaraya untuk beli groceries sikit. Yes, memang itulah kerja aku kalau barang kat rumah dah habis or ada family member yang request.  Biasa aku beli fresh ingredient cam sayur and buah-buahan je, tapi ikut selera isi rumah gak. If ada yang feelin'-feelin' nak buat steamboat @ BBQ grill malam tu ke apa - maka dengan pantasnya aku akan ke meat and freezer section untuk mencari ingredient yang sesuai. Tapi hari ni aku just beli yang biasa je coz my bro tak balik lagi...Tak syiok la nak mengrill bagai kalau budak ni takde... :(

What's in my grocery bag?
Sayur overloaded and roti yang aku beli kat La Boheme
Semua yang aku suka jer.
Crime ada, manga ada, and 3 biography of course.
Selalu aku jarang nak beli magazine-magazine ni, tapi memandangkan mag yang kat bawah ni bukan calang-calang (LIFE) and ada  pic Grace Kelly lak tuh, agar sukar untuk aku menolak. Aku taklah fan dia sangat and film-film dia, yang aku tengok pun baru satu je (Rear Window, 1954), but boleh la dari takde sebab aku suka dengan pic wedding dia. 


 Your Serene Highness Grace 
Huu... aku nak mag Audrey sebenarnya...  Tak pun James Dean or Tippi Hedren ker..
Leh gitau aku mane nak dapat ni?
Oklah guys, sampai sini jelah post aku kali ni. Ni pun dah berjela-jela dah ni, wat penat je korang scroll. Huhu, banyak kan gambar yang aku bombarded kat sini kali ni? Saje je nak share experience aku sepanjang visit aku ke BBW untuk tatapan semua. Diharap korang happy membacanya. Sebelum aku chow, aku hadiahkan korang lagi satu gambar, this ever delicious Vanilla muffin... 

Enjoy and goodbye!
The one with enough book to read this year: Mimi Said

No comments:

Post a Comment