Monday, July 20, 2015

Raya 2015 dan Rumah Terbuka Story

Hmm... dah lama sungguh tak mengupdate blog guna bahasa Melayu camni. Terasa agak kekok dan berkaratnya menyusun atur ayat-ayat mukadimah bagi title post ni. Ah, takpelah kan. Karat ke, sarat ke... janji diri ini tak lupa daratan and readers out there faham apa yang I cuba sampaikan, amirite? (ceh, tetiba main I-I pulak, apa kejadah?)

Okey. Since aku dah ada rasa sedikit kemalasan bertapa di dalam hati tatkala menulis ni, baik aku terus shoot straight to the point. Aku nak bercerita pasal raya tahun ni (2015). Why? Sebab ada banyak story nak mari sedikit tahun ni. Last year aku tak update pasal diri aku boleh dikatakan tak beraya. Mana taknya, dengan final year project (FYP) yang menyerabutkan kepala hotak, thesis writingnya lagi, evaluation from lecturer lagi - ade ko selera untuk beraya? Kalau ade memang jiwa mu kental. Aku tarak so baju raya pon aku malas beli. Hik hik. Sampai begitu sekali penangan FYP dekat raya aku tahun lepas... Ini bukan main-main. Nampak sangat kegusaran aku disitu jika terpaksa repeat one more sem sekiranya tak pass, kan? Alhamdulliah, berbaloi rasanya sebab sekarang dah pun graduate. Cuma kerjanya yang belum pasal I nak gi sambung study lagi :")

So, memandangkan fasa kritikal itu telahpun berlalu, adalah baiknya jika aku tidak memboikot Hari Raya lagi. Cukup-cukup sudah. Nak cerita riang-gumbira raya je right now. Since last year cuma beraya dengan baju time internship dulu (2013), tahun ni aku beli kain (online). Lepas dapat, baru tempah dekat orang. Biasanya bila dengar jer online, hati aku mudah je nak reject. Yelah, benda takleh tengok depan mata, kan? - banyaklah pra-sangkanya. But then, bila tengok pulak website - mulalah tu kan, nak rambang mata pulak. Namanya pun perempuan. At first bajet-bajet 'tak mo membazir itukan amalan syaiton' la, apa la - but then, terbeli jugak aku 3 pasang. Acamne tu? Terasa berdosanya aku kerana telah melakukan 1 pembaziran but then datang la pulak my mom said;

"Tak apa, mi. Tahun depan kan boleh tempah baju raya lagi. Gunalah kain yang lain tu pulak."

Ha - iyalah tu. Takkan la asyik-asyik nak pakai kain sulam jer, mother ku? Tak ke bosan rupenya nanti? Balik-balik tu je pesen baju kurungnya. Nak gak ku merasa pakai baju kebaya ke, baju kurung moden ke, peplum ke, apa ke.. untuk tahun-tahun lain tu. Tapi ni semua hati kecil aku je, Tak cakap pun kat mak camni. Sebab? Dosa you know, and I pun sebenarnya agak die-hard-fan kain baju sulam... So, tak lah jadi isu actually tapi masih saje-saje mau bangkitkan.

Ngadelah, katakan.... (>_<)!

Jadi, selain cerita pasal kain baju raya, tahun ni raya pun sebenarnya agak special sikit. Setelah hampir bertahun-tahun tak officially menjemput sesiapa datang ke rumah due to health reasons, my mom buat jugak rumah terbuka tahun ni. Taklah jemput satu kampung ke apa, just sedara-mara terdekat je. So, bila once dah jemput tu - haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh kan? Ingatkan dia nak buat 1-2 hidangan je, sekali sampai 4 dah... Terkezut gak bila dengar menu mak aku tu. Ayam, daging, sotong, sayur... Hai, mak - ni nak balas dendam ke apa ni sebab dah lama sangat tak buat open house dulu? Getus hati kasarku...

Anyway, dah puas aku membebel kat atas tu, tetiba terasa nak drop beberapa keping gambar lak. Yelah, apelah namanya raya kalau tak di hujani dengan pose-pose dan selfies, kan? Sekarang ni raya bukan duit raya je penting, gambar-gambar tu pun aku tengok sama je importantnya. Tak sah raya kalau takde gambar. Mana taknya, even 1st syawal pun aku tengok dah ramai orang Melayu yang beratur di kedai apek gambar just for raya photoshoot. Penting sangat la tu kan sampai dah ke kedai. Aku sendiri if nak merasa ke kedai gambar pun time amik gambar passport dengan graduation jerr...

Alritelah, sebelum aku start bombarding blog aku ni dengan picture-picture yang maha banyak, lebih baik rasanya aku bagi tahu something dulu. Aku kan bahagikan picture ni semua kepada dua part; part I - raya punya citer, part II - open house punya citer. Okey? Kalau dah okey, meh layan pic kat bawah ni.


- Part I -
With my mom.
Gambar ni tarak snap di kedai punya okeh? Sendirik-sendirik je.
Adik I yang tolong tangkapkan. Nak watpe membazir
tangkap kedai kalau ade kamera sendiri, rite?
My bro and mom.
Tinggi budak ni. Gayat plak rasanya bila tengok dia
 tinggi camni.
Selfie. 
Yelah, takkan 'selfless' lak?
With sedara mara terdekat yang ramai.
Ni baru separuh je ni. Kalau dah kumpul fully dengan
sedara yang lain-lain gerenti sampai tak muat gambar.
Gambar with my aunt and cousin.
My aunt ni sebenarnya adik kepada my mom (younger by 2 years rasanya).
Then bila dia dapat anak perempuan, anak dia tu pulak 2 years
older than me... Hehe, syok tak syok?
Nilah yang dinamakan sebagai
'twist of coincidence'.
With ma cousin, Atie.
Dalam bebanyak cousin, cousin ni paling rapat
and ngam sebab grow-up together. 
Masa kecik-kecik dulu, kiranya dia ni kira macam my big sisterlah...
Apa yang dia buat, mesti aku pun akan ikut buat.
Even sampai panjat-memanjat pokok sekalipun! Haha.

Gambar tu sebab harus diblurkan untuk dramatic effects... Yaargh...
Sebagai anak dara kan maka duduk haruslah bersimpuh begini.
Barulah kelihatan sopan tak gitu?
Selfie Time Lagi!
Adalah menjadi trend muda-mudi sekarang untuk mengambil
selfie sebagai gambar kenang-kenangan.
Kami pun tak terkecuali. 
With Other Cousins
Sebenarnya ramai lagi cousin-cousin
lain yang takde dalam ni. Samaada diaorang tengah makan,
balik kampung or tak sampai lagi - semuanyalah.
Tapi kalau nak tunggu semua ada
sekali memang takkan adalah gambarnya kan, so
tu yang amik mana yang ada dulu tu.
Jalan Beraya
Kitaorang start jalan beraya adalah dalam
pukul 4.00 lebih untuk melawat sedara-mara sebelah ayah.
Singgah kat rumah nenek sedara, nampak lak mende alah ni.
Saje suruh my dad tangkapkan.
Then tetiba terasa pulak tetiba nak poyonya
 tengok tempat lain. Nasib je dalam picture ni
 aku nampak kurus... hik hik.
Old Habits Die Hard
Ntah kenapa perangai aku dari besar sampai kecik suka main
cucuk-cucuk perut ayah aku.
Nampak plak kurang matangnya di situ kan?
Serius I pun tak tau nape...
Maybe sebab buncit sangat kot?
Haha...
Ronald McDonald pun nak Raya
Okey. Time pergi beraya di rumah orang, tetiba
terrnampak lak patung Ronald McDonald ni kat luar.
Unexpected sungguh.
Selalu kalau patung camni gerenti akan banyak
bebudak kecik kerumun, kan?
Ni tengah kosong ni... ape lagi?
Snaplah.
Teratak Lepak
Ok. Motif mengambil gambar teratak ni aku sendiri pun tak pasti.
Apa yang pastinya, bro aku yang suruh aku pose kat depan ni.
Oklah bro, apa-apa jelah....
Say Cheese
Hmm... kalau nak diikutkan hati ni - aku sebenarnya malas je nak amik-amik gambar ni. Cuma tulah, bila dah make-up and pakai baju cantik-cantik, terasa plak sayangnya kan kalau tak amik. I mean, bukan tiap hari kau pakai baju kurung pun kan? Kalau tak event, raya, kalau tak raya event. Pusing-pusing balik je. Ade sebab lain lagi ke? Oleh itu, termaktub sudahlah alasan aku untuk bergambar cenggini walaupun spot-spot gambar yang di diambil biasa-biasa sahaja. Sekian.


- Part II -

Wokeh. Sekarang jom cerita pasal part II pulak. Part open house ataupun dalam istilah Melayunya; rumah terbuka. Now, part ni aku suka, because hampir 90% dekorasi, susunan perabot, dan idea-idea menyusun atur semua - aku yang plan. Entahla kenapa, tapi aku bab-bab mengemas ni memang laju jer. Masak-masak ni, kureng sikit. Yang tau pun masak makanan western jer. Ceh, camtu lak kan? Haha. Bukan berlagak ke pe wokeh, cuma aku ni manalah reti masak lauk pauk leceh cam kari-mari tu semua. Besides, lagi senang masak makanan western per? Contoh mudah cam salad tuh. Basuh salad, potong tomato, pastu main picit-picit sos one thousand island atas salad tu. Tada. Dah siap! 

Pantry Minuman
Hari-hari biasa pantry ini akan di penuhi dengan
cawan-cawan pelbagai saiz dan bentuk, but
khas untuk raya - gelas-gelas raya jelah.
Saje je aku tambah candy bowl in case
ade children datang beraya.
Appointed Chef for Open House tahun ini
My mom lah kan, sapa lagi.
Dah ku kata kan aku kurang sikit bab masak-memasak ni?
Ruang Makan
Semua tetamu yang datang makan di sini. :)

Main Dishes
Daging masak Asam and Ayam masak lemak cili api.
Side Dishes
Sotong masak sambal, sayur campur, kek lapis
and kek kukus buah
Kuih-kuih Raya
Dalam 11 balang kuih kat sini, cuma 1 je yang buat sendirik.
Itu pun bukannya aku buat, adik aku. Tolong ala kadar je.
Haha. Nampak sangat kuih-kuih lain tu semuanya beli je.
Rumah ni tak kiralah orang datang ataupun tak,
haruslah sentiasa kelihatan kemas dan menarik.
Bunga rose yang bebanyak tu, aku yang pilih then gubah
sendiri. Cun tak cun? Hehe....
Lepas makan, boleh lepak-lepak di sini.
Ataupun sini....
Dah ku kata cousin-cousinku ramai.
Ni lah buktinya.
Pak Lang, Pak Itam and Pak Ngah yang sudi datang
memeriahkan majlis.
Muka-muka happy cousin datang beraya.
Yang paling kanan sekali tu my bro.
Laptop tu berada di tengah-tengah medan pasal
 tengah busy mengcopy movies. 
Side sini sedang leka menatap album-album lama.
Muke my bro setelah selesai majlis.
Nampak kepenatannya jelas terpacar disitu kan?
Terima kasih banyak-banyaklah kepada
sedara-mara yang sudi datang.
Tahun depan, insyaallah - kami jemput lagi.
Sampai sini jelah dulu ye coretan Raya and rumah terbuka aku kali ni. Ni pun dah panjang bebenor entry nya ni. Haha. Takpelah, setahun sekali je pun kan? Kenalah bersungguh-sungguh sikit menulisnya. Kepada yang dah baca entry ni dari mula sampai habis, thank you sajelah yang mampu di ucapkan. Kalau ade yang kenal-kenal tu, tau my house kat mana - jemput-jemputlah datang beraya ye. Tak susah pun nak tau aku ade kat rumah ke tak. Phone kan ade, kol jer kasik tau bila nak datang. Kompem I prepare something untuk korang. Alrite? Okeylah.... Selamat Hari Raya 2015 semua! Semoga bertemu lagi di post-post akan datang.

No comments:

Post a Comment