Fuhh~ lama sudah aku tak gunakan bahasa kebangsaan aku ntuk mulakan topik. Rasa cam kekok pulak (Pelik?) bila tulis camni. Ah tak kisahlah. Yang penting aku gembira. Baiklah, ntuk menebus balik pasal dah lama sangat tak tulis BM, aku akan cuba gunakan bahasa Melayu 100% untuk post kali ni. Hehe, cabaran ni. Mari kita mulakan.
Pertama sekali, aku nak mintak maaf sangat kat sapa-sapa yang baca blog ni kalau post aku baru-baru ni dah tak berapa nak menarik. Biasalah kan, nama pun manusia - ade jelah benda yang tak sempurna. Aku perasan untuk semester ni aku langsung tak sentuh mengenai aktiviti yang aku buat kat UKM. Langsung. Maaflah ye, bukan tak mau tulis cuma asyik terlupa je.
Baiklah, ntuk makluman korang ade je aktiviti yang aku sertai kat UKM ni. Cuma dah tak berapa banyak la. Maklumlah sajelah, dah sem 4 dah ni kan? Dah tentu fokus sekarang cuma kat projek dan peperiksaan je. So, dalam banyak tak banyak tu jugak - adalah dalam 2 aktiviti je yang aku sertai. Aktiviti pertama adalah Minggu Mesra Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (MMFTSM) dalam pertandingan Video Innovation Competition (VIC) namanya, dan yang kedua pulak, Malam Integrasi Highlanders 2013 (MIH2013).
Sebenarnya aku sertai MMFTSM ni dari masa awal semestar hari tu dan MIH 2013 tu pulak cuma baru baru ni je (bulan Mei). Kalau nak bercakap pasal pengalaman tu, amatlah berbeza antara kedua-dua program ni. Pengalaman aku sertai MMFSTM; sangat meletihkan. Kenapa? Pasal program ni bermula sejak sem 3 lagi! Huu... kira cam dah lama gak la lengahkan. Diorang yang terlibat mintak start awal supaya tak ada masalah di kemudian hari. Nak tak nak kena bagi kerja keras jugaklah selama 1 1/2 sem untuk jayakan program ni. Kalau tanya aku nak ikut ke tak program dalam fakulti yang lain, aku sendiri pun tak pasti.
Aktiviti kedua aku ialah MIH 2013. Kalau mengikut post ni, aku pernah jadi AJK kan tapi tak untuk kali ni. Sebab? Mudah je. Aku MALAS. Sebab ke-2: jawatan2 untuk program ni dah dipenuhkan oleh budak2 tahun 1. Tak pelah, bagi peluang kat diaorang pulak merasa apa yang aku rasa dulu. Tema makan malam (haisy, susah betul nak tulis penuh dalam bahasa Melayu ni...) ialah Malam Hawaii (Hawaiian Nights). Kira malam tu semua dress ala-ala hawaii la.. kan... haha. Terpulang la korang nak kata apa. Aku pun tak pasti baju yang aku pakai sendiri kena dengan tema ke tak.
Penghuni setia KIY: aku, azi, kak.lin, kak nonoy dan tirah |
Terima kasih kepada kasut wedges aku, aku nampak tinggi sikit. Haha, tinggi aku lebih korang diaorang ni je sebenarnya. |
Gambar kenangan bersama rummate, Tirah. |
Kan sedap kalau betul-betul leh gi 'surfing'... Mesti syiok ! |
Seperti biasa, kena ade masa untuk 'Selfie'.... |
Sincerely: Mimi Said
No comments:
Post a Comment