Lokasi: Hutan Pendidikan Alam (HPA),UKM Bangi.
This week aku posting lagi kt blog aku sebab ada cerita baru nak kasi mari - aktiviti aku pada minggu lepas ( 22-23/10/2011).
Sempena nak sambut semua student first year, faculty kite org ada anjurkan satu program ni; Cybercamp Night namanya (sesi 2011) untuk kami join. Although pada mulanya terasa malas nak pergi ( pasal penat last week punya aktiviti pun tak habis lagi), at long last aku join jugak la untuk bagi support kat ajk-ajk PERTAMA FTSM yang dah berpenat lelah prepare program ni. Besides, aku kan student baru so aku fikir agak 'kurang sopan' kalau aku tak join. Macam aktiviti yang aku join sebelumnya, aktiviti ni pun berlangsung selama dua hari.
Basicly program ni semacam bagi aku peluang la untuk jumpa senior-senior, berkenalan ( walaupun masih tak semua yang aku kenal at the end of the day) dan beramah mesra. Kira okay la objective utama program ni, bukan sekadar datang suka-suka and buang masa ajer... Dapat juga aku buat member-member baru macam kat bawah ni ha...
Yang kat sebelah aku ni namanya Afiqah Azahari. Kami panggil dia Piqah je. Comel orangnya. Semester satu ni aku tak banyak sangat kelas dengan dia so kami taklah kenal sangat. Next semester perhaps? |
Lebih kurang ( ayat orang tak berapa nak pasti) 22 Sept 2011 lepas, aku ade join aktiviti rekreasi dekat Hutan Pendidikan Alam (HPA) ni. Macam biasalah kan, kalau sebut je hutan tu - dah confirm-punya-sure aktiviti aku tu adalah 'JUNGLE TREKKING' (takkan main masak-masak pulak kan?). Aku join aktiviti tu dengan beberapa orang budak kolej aku yang lain. Tak post dekat blog ni rasanya gambar -gambar aku masa join aktiviti tu tapi kalau korang tak percaya dan nak tengok bukti, ini dia kat bawah ni;
Muka wakil-wakil KIY after habis Jungle Trekking. |
Macam biaselah kan, kalau ade program je- mesti ada activiti, ye tak? Dan, kalau dah ada activiti tu... mestilah akan ada grouping nya pulak... Sepanjang hidup aku bergelar student, dah macam-macam group dah aku masuk, hatta bermacam-macam nama jugalah yang aku dah came across; this time around, aku masuk dalam kumpulan yg di namakan sebagai "GeeForce"... Maksudnye? Jangan tanya aku pasal bukan aku yang cadangkan. Tanya mamat baju merah yang tengah cakap kat bawah ni. Syahwal namanya. Aku honestly tak kenal dia since dia bukan satu course dengan aku. Tapi, mamat ni lah yang bertanggungjawab bagi nama "GeeForce" tu.
Discussion yang semacam serious... |
Goody bags yang kami terima lepas join program ni. |
Pemandangan normal dekat HPA ni... |
Sebelum aktiviti
Nasib baiklah aku tak karate-do kan je, orang yang kejut aku tu.
So, dengan terpisat-pisatnya bangun, tak sempat nak mencapai glasses aku ke apa; kita orang pun di arahkan lah turun ke padang. Berkumpul lah satu demi satu manusia kat situ. At first, aku yang naive ni ingatkan kita orang yang di arahkan berkumpul ni pasal tak cukup orang ( manalah tahu ada yang sleepwalking masuk hutan, terus tak jumpa jalan pulang ke), sampaila AJK suddenly umumkan pasal activity ni....
Creepy jugak la, the first time aku dengar...
Cerita bestnya datang bila tibanya giliran group kita orang untuk masuk dekat dalam hutan tu. Aku ingatkan, bolehlah kami masuk secara berjemaah; sekali hambik kau - dia lepas sorang-sorang dorhh... Every 5 minit, yang lain pulak masuk. Lain pulak masuk. Really macam @#$#!
So, memang dah adat lah kan - kalau dah berkumpulan tu, ketua kenalah masuk dulu. Bagi tunjuk berani dia sikit dekat anak-anak buah ni (haha). So, berlalulah ketua aku tu menunjukkan keberanian dia, diikuti anak-anak buah yang lain. Aku yang standing nak dekat-dekat last ni, relaks-relaks je lah dulu. Muka kasi tunjuk poker face aje Then, tibalah turn untuk adalah satu ahli kumpulan aku ni (perempuan) untuk masuk... Dia masuk betul-betul sebelum giliran aku. Adalah dalam 2 minit dia masuk dalam tu, sebelum dia.... Arghhhhhhhhh!!!! Bapak eh la, sekali menjerit! Instantly bulu tengkuk aku start meremang right then and there.
Abang senior yang tunggu depan aku tu pulak dengan muka relaks bercampur selambanya cakap - "Ha, itulah dia jeritan pertama kita untuk malam ni...". Ayat dia sangat tak boleh blah! Muka dah start tunjuk jahat untuk takutkan aku yang bakal masuk ni. Ikutkan hati, rasa nak angkat kaki cabut lari je. Mata aku ni pun jahat juga, curi-curi tengok dekat handphone abang tu pulak ( rules masa buat aktiviti ni; no phones, no torch light, bunga api ke apa) ... Time tu betul-betul pukul 3.00 pagi. Memang dah cukup kasi aku gigil lutut but aku buat-buat 'brakut' je ( berani + takut).
Maka, masuklah aku kedalam hutan yang gelap gulita tu. Senior-senior standby, ada budak baru nak masuk ni. Hutan kan, dah semestinya lah gelap... So, aku jalan jelah slow-slow. Checkpoint dia pulak, adalah dua, tiga ketul lilin-yang di pasang sepanjang jalan tu... Terpikir jugak aku time tu, kalaulah lilin ni semua padam... hisy, alamat memang tak jumpa jalan kuar la...
Otoke? (what to do?)
Luckily for me, disebabkan member kumpulan aku yang masuk sebelumnya tu dah jerit takut, semua 'hantu-hantu' yang bertanggungjwb untuk 'takut' kan die pun rasa menyesal dan sorang demi sorang, startlah pergi pujuk. Tanya okay ke tidak? Boleh continue lg ke? Ke nak abang tolong dukungkan? (Cey, cey - yang last ni aku tambah dialog sendiri). Aku pun, nampak je peluang terbuka luas - terus je ambil kesempatan ni untuk 'pecut' selaju-laju yang boleh, supaya cepat jumpa jalan keluar. Haha, gila lah aku nak duduk terkinja-kinja sensorang dalam hutan lama-lama. Dahlah 'hantu-hantu' tu semua macam nak tak nak je kacau aku. (-_-):. Rasa macam kurang syiok pulak tetiba. Aku rasa aku pecut agak laju jugalah; kurang 5 minit gitu (champion ni) sebelum aku jumpa jalan keluar (yahoo!).
After that, semua berkumpul semula and aktiviti hari pertama pun selesai...
Hari ke-2 pulak, tak heavy sangat macam the first day. Adalah sesi soal jawab dengan alumni-alumni dan kebanyakan soalan yang di ajukan macam biasalah; tanya pasal macam mana nak buat programming, database, C++, camne nak paham tu, paham ni...etc etc... Rajin juga alumni yang turun padang melayan kerenah kita orang ni...
Okaylah, dah naik penat jari aku ni menulis. Itu saja lah activiti yang dah aku sertai minggu lepas. Lepas satu, satu.. Coming soon, akan aku ceritakan pasal kawad infromasi pulak ( khas untuk SUKEM UKM). Post yang tu mungkin tak panjang sangat kot, macam this one. Diharap sesiapa yang datang melawat blog aku ni, enjoyed dengan post aku kali ni.
Wasalam.
Sincerely: Mimi Said
panjang sgt repotnya... penat nak baca... huhuhu
ReplyDeleteBest.... ;P
ReplyDeleteNice blog...
lain kali aku briefkan, Yanna ;)
ReplyDeletethanks bro, don't forget our agreement! I know I won't... >.<
ReplyDeletepenatnya bace...anyway...part night walking tuh..aku pernah lalui...dorg pernah letak aku sorg2 kat tempat sunyi gila...tapi mase tuh aku bantai tido...berani gila mati kan aku...tau2 senior kejut aku bgn...p/s: kat sekolah menengah~
ReplyDeleteitulah pengalaman idup namanye...
ReplyDelete