*SIGHS*
Akhirnya, setelah sekian lama me and the fam tak bervacay ke mana-mana kerana covid, kami sekeluarga pun decide to go to Colmar Tropicale. If you guys still remember, our last trip to Tanjung Bungah, Penang was on Aug 2019 (also during Eid al-Adha). Huu, orang lain Raya Korban... aku and the fam lak gi jenjalan yek? Tak kisahlah... Yang penting semua family members aku masih disini. Yelah, kita ni pun tak tahu nak hidup berapa lama lagi, bila next lockdown, bila nak kumpul bareng with family camni, bla..bla..bla...
So, gotta strike the rod while the iron still hot, amirite?
Compared dengan last time kami pergi trip during Eid al-Adha, aku bersyukur sangat-sangat walaupun perjalanan 2 setengah jam telah menjadi hampir 6 jam (biasalah traffic jam time cuti raya kan?) - takde ribut taufan petir segala yang membahayakan perjalanan (please refer this). Cuma itulah, eksiden yang banyak memang takleh nak dielakkan. Masa awal-awal journey lagi (Friday) dah nampak 8 buah kereta bertembung antara satu sama lain di laluan kanan (laju). Hisy, first time nih nampak kereta accident sampai berderet-deret camtu. Kerana aku sendiri pun dah mengalami peristiwa yang sama di awal 2022 aritu, takde kata lain yang mampu aku ucapkan selain simpati dan syukur kerana tiada kehilangan jiwa berlaku.
Honestly, it's been a while since we been here. The last time I remember, it was Dec 2009 and I was 17 years old. Time tu aku dan the fam tak stay kat Colmar, tapi kami duduk Selesa Hillhomes. Try jugak usha-usha harga penginapan Hillhomes tu tapi harganya nowadays, makaih... Thank you, next. So, disebabkan harga bilik di Hillhomes tu agak mahal, maka aku pun cubalah nasib booking bilik kat sini. Asalnya nak Family room (2 rooms) kan, tapi melepas pulak deal booking kat Agoda tu. Akhirnya, cari punya cari - dapatlah juga book 2 bilik Superior Twin Bed. Ni pun booking 2 weeks prior sebab tak nak bilik habis lagi. Harga untuk 4 days and 3 nights (breakfast included) memang mencecah ribuan ringgit. But, it's okay memandangkan apa yang aku dapat dari trip kali ni sangat bermakna buat aku.
Anyway, lama pula aku borak pasal bilik ni semua ye tak. Huu, how times flies. Now at 30 years old, I had finally made a comeback. And things were quite different from the last time I remembered them. So, apa lagi - jom kita intai apa je yang aku and the fam buat sepanjang kami berada di hotel Colmar Tropicale nih;
Day 1: Breakfast @ La Balson, Photography Session, Botanical Garden & Coffee Time!
|
Tak complete the day without breakfast, amirite. |
Kita mulakan hari pertama dengan breakfast dulu. Breakfast macam biasalah, western style and Malaysian style. Aku ambil dua-dua sebab dah bayar kan and also sebab I'm a huge breakfast person. Honestly, selama aku post pasal vacay aku jarang gila nak upload gambar kami sekeluarga makan breakfast macam ni. This is the first time.
It's really hard actually trying to get the band together. Everyone is pretty busy with life and so am I. Tapi, family vacation is a huge part of my life while I was growing up, so it's a hard pass not trying to make it happen. Luckily, ada rezeki untuk kami sekeluarga pergi juga selepas endemik ni. Niat aku berjalan time raya ni bukan sahaja nak tenangkan fikiran selepas menghadapi pelbagai dugaan di awal 2022, tetapi juga untuk cipta memori dan kenangan bersama dengan keluarga aku selagi masa masih ada. Alhamdullilah, semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
|
View from the top: Level 6 |
Bagi yang tak pernah menjejak kaki ke sini, Colmar ni telah dibina pada tahun 2000. So, rata-rata bangunan di sini berusia 22 tahunlah. Tapi, meskipun begitu - management baru buat renovation pada 2011 aritu so rata-rata biliknya masih rapi dan kemas. Sayangnya, aku terlupa pula nak ambil gambar view dalam bilik, so enjoy sajalah view dari tingkat 6 nih. BTW, bilik aku no 6312 memang terbaiklah sebab ada balkoni dan dapat tengok view yang cantik macam ni.
|
some visitor coming by for picture |
|
Still lovely, even after 22 years |
Tak banyak plan aku ke Colmar ni sebenarnya. Just nak take photo family yang dah lama tak update (since 2019), sightseeing, and buying some keychain plus fridge magnet. Dulu masa datang sini, ada juga beli tapi sebab dah nearly 13 years kan... Keychain entah ke mana, fridge magnet pula hilang terus. LOL. First day memang aku dah aim nak ambil gambar dengan family banyak-banyak, especially of mom and dad. Tapi, sebelum tu - kenalah selfie untuk test outfit dulu kan?
OOTD for first day. Vest from SHEIN, white shirt from Zalia and tudung bawal from Comfort Collection.
| Mom and Dad '22 |
|
|
Alhamdullilah, dapat juga snap gambar mom and dad after 2 1/2 years. Dulu masa gi trip kadang-kadang terlepas pandang tentang hal-hal camni. Ambil gambar selfie bukan main berlambak-lambak lagi tapi, bila gambar parents - sekeping dua je. Acane tuh? Sebab itulah aku berazam untuk trip kali ni aku akan snap gambar mereka berdua sebanyak yang mungkin. It's all for the memories, guys. Kita tak tahu bila parents ataupun diri sendiri akan tetap ada kat dunia ni. Sebab tu kena ambil gambar banyak-banyak agak kita tak lupa apa yang pernah kita buat bersama as a family. :'(
|
at the Hotel Reception Area |
Vacay, vacay jugak... Tapi, pengaruh Covid tetap terasa. Honestly, first day taking pictures aku jarang gila nak tanggalkan mask. Yes, tahu dah endemik tapi rasa takut tu masih ada. Two of family members aku sendiri pun ada yang dah terkena Covid (Level 1-2) bulan March aritu so, korang faham-faham sendiri lah. Nasib baik tak satu family, kalau tak - tak ke haru? Aku sempat ambil booster (3rd time) aritu (betul-betul lepas my car accident) tapi adik aku belum sempat ambil Covid dah datang visit. Oleh itu, aku kini cuba menjaga SOP sebaik mungkin untuk mengelakkan 'banana fruit two times', hehe...
|
Look at this, I'm still wearing mask with my bro |
Staircase picture. Antara gambar yang wajib ambil jika korang ke Colmar. Dulu masa aku pergi first time and ambil gambar kat sini - aku rasa cantik sangat. Itu yang ambil balik tu sebab nak recaptured the memories. Ini kat sebelah ni bukan bf aku ke apa eh... Itu adik lelaki aku in the mask lolz.
|
Word of advise: sila bawak tripod sendiri ya bagi menyenangkan aktiviti selfie korang |
Oh, ya... Just nak ingatkan... Tak kisahlah kalau korang ni solo traveler ke ataupun ada family - bawa tripod sendiri adalah satu kewajipan, ya? Tak kisahlah jenama apa pun tripod korang tu - asalkan korang leh pacak ia dengan phone korang pun dah kira pass. Macam aku, aku pakai tripod jenis octopus tu (size L) so memang sturdy abis la. Gambar diatas ini adalah hasil gambar tripod tersebut. Nak tengok lagi hasil gambar tripod ni? Sila check gambar-gambar dibawah ya?
|
Among the sample. With all of my family members. |
Gambar tripod ni actually mixed-result tau. Kadang-kala okey, kadang kala tak. Ini contoh jika banyak sangat tripod yang dipacak kan hingga tak tahu nak tengok yang mana satu. Mujurlah adik aku ada tengok kat camera aku kan. Yelah, kitew phone Samsung jek manelah orang nak pandang kan (adik aku pakai iPhone). Padahal baru tukar phone bulan April aritu. Haha, phone Samsung sekali pun, belakang camera dia 64mp, depan 32mp okeh? And also, why my thigh look so *thick* from this angle, lol?
|
Hello, saya nak panjat bukit nih. Doakan saya, mkay? |
Singgah ke Colmar ni memang tak sah kalau tak pergi ke Japanese Village ataupun Botanical garden dia. Kesilapan terbesar aku adalah apabila aku decide untuk ke Botanical Garden dulu instead ke Japanese Village. By the time aku naik balik (ikut tangga) kakiku yang sekian lama tak exercise ni definitely terasa lenguh dan sakit. Kesakitannya seperti aku telah dipukul bertubi-tubi dengan kayu besbol. Rancangan ke Japanese Garden tadi dibatalkan dan aku terpaksa menyerah kalah. Kesudahnnya, kami just beli gambar kat bawah dengan imej Japanese Village Garden diphotoshopkan kat belakang. DONE!
|
Please take this notice seriously tau... |
Oh, lupa nak ingatkan... Colmar ni masih banyak lagi pokok-pokok nan menghijau disekitarnya. Jadi, obviously - masih ada habitat seperti monyet liar yang akan making appearance every now and then. Serius, bila ternampak kelibat monkey ni semua teringat lak zaman study UKM dulu. But, don't play play with these monkeys, okey? Korang tersilap langkah sikit siaplah. Karang tak putus-putus dia ikut korang nanti sebab beri makan kat dia. Sebab itulah aku akan pastikan jika keluar dari bilik hotel dan kalau bawak makan - aku takkan berlama-lama. Risau kalau monyet duk follow pastu rembat makanan atau apa nanti.
|
Starbucks and Krispy Kreme also available here. |
Aku rasa Starbucks ni baru buka dekat Colmar lah. So, kalau lapar ke nak snacking ke, low-blood pressure dan yang seumpama dengannya - don't worry be happy. Korang boleh dapatkan refill korang kat sini, okey? Penat mendaki gunung yang tak seberapa tuh, aku pun belilah air Starbucks (dad: Iced Americano; me: Signature Hot Chocolate; bro: Asian Dolce Latte). Donut pun aku beli juga (strawberry, Cadbury choc, glaze, original, Lotus biscoff (yang ni sedap giler) and choc something (yang tuh adik aku dah makan). Seriously, memang sedap weh...
|
Me, at my own habitat huhuk |
Ingat monkey tu je ada habitat dier? Aku pun adalah. Mine is relaxing and coffee time, of course! Sebab tadi masa kat Starbucks aku beli Signature Hot Choc jer, aku pun buatlah black Nescafe. Memang terangkat beb. Okey, pasal makan pulak... Hehe, breakfast memang telah disediakan tapi selain dari tu pandai-pandailah korang nak hidup. Nak makan kat restaurant dia boleh, nak turun kat bawah makan kat RnR Genting Sempah ataupun kawasan disekitarnya pun boleh.
Day 2: Eid al-Adha 2022 Solo Photography
Okey, selesai 1st day marilah kita move on pula ke 2nd day. Second day adalah Hari Raya Haji ya. So, lepas intai activity with my family apa semua - it has decided that aku akan teruskan second day dengan solo Raya photoshoot sebab semua family aku busy buat hal mereka sendiri. Seriously, ketika inilah aku rasa pengunaan tripod itu amat berguna ya. Like 100 percent.
|
Hello ;) |
|
A close-up picture |
Okey, yang atas tadi adalah versi yang non-halal, mkay? Gambar yang seterusnya ni adalah versi yang lebih sopan dan bersesuaian dengan tema hari Raya Haji kali ni.
|
Tada-h! Trimas to my ever reliable tripod. |
|
Kabedon! Serious, aku suka gila dengan tripod ni. Set timer pastu ambil lah gambar berapa banyak pun takde problem. |
|
Raya Haji '22 - Colmar Tropicale The Series |
|
Haha, tetiba rasa cam kat luar negara lak. |
|
One of my favorite pictures. Again, thanks TT (timer and tripod). |
|
Okay, last picture before korang muak XD |
|
Kidding... Ceritanya sekarang ni blog sapa ye tak? |
|
Sempat pekena ice-cream Paddle Pop Rainbow. Dah lama tak makan tetiba rasa teringin lak. Murah jer ni RM1.50.
|
Hampir setengah hari tak hang out dengan parents, malamnya kami pun set date untuk gi dinner together @ Le Poulet Roti. Plan asal nak dine-in kat dalam bilik je tapi tak jadilah. Sambil menunggu makanan semua, sempatlah snap picture with my mom kan.
|
Dining out with Mom. |
|
Nasib baik aku pandai cari port. Sebab tak bawak tripod turun tadi, kenalah creative sikit, kan? So, aku pacak kan tripod kat post lamp and set timer cam biasa. Beginilah hasilnya...
|
|
Our food has arrived! |
Aku dengan adik aku order chicken chop je. My mom pula makan Nasi Lemak Ayam Goreng. Air pulak kami order Orange, Mango, Apple and Pineapple. Honestly, makanannya taklah sesedap mana. Sedap lagi Bistro yang aku dengan fam aku selalu pergi kat hometown kami ;(
|
Last family photo together before going home tomorrow ;') |
Bukan senang tau our family nak kumpul semua macam ni. Even as a family pun, kalau tak pergi vacay camni jangan haraplah nak ambil gambar bagai. Bila dah kena pakse (eh pakse ke?) 4 days 3 nights ni barulah senang sikit nak ajak. Nak ikutkan kita orang dah hampir 2 tahun 1/2 takde gambar raya tau. So, walaupun tak pakai baju raya apa semua - ini kira gambar raya kami sekeluarga lah.
|
Last, last picture before I said bye bye... |
Okeylah guys. Sampai sini sajalah pengkongsian aku untuk vacation 2022 ni. I have fun and obviously I learn so many things in this trip. It's not about the location or destination tau sebenarnya. Most importantly, I get to spend time with my loved ones, especially mom and dad. So, tak tau bila lagi akan pergi trip macam ni lagi, but until then - stay tuned and wasalam.
Love, M.