Sunday, April 24, 2022

Nearly A Year Has Come and Gone. What the hell have I been doing in my life?

So, tahun 2021 telah pun come and go dengan begitu sahaja. Bila aku tengok balik posting lama aku, jelas terpacar di situ yang banyak perihal tentang personal life yang telah aku sorokkan dari umum. Heh, memang itu pun tujuannya sejak aku re-vamp blog aku ni pada tahun 2018. Aku delete FB, Instagram lama dan juga cut ties dengan most of people I used to know atas sebab ini juga. That's why post last aku adalah hampir setahun yang lalu. And to be honest, I hardly miss any of it at all. 

Lately, aku asyik terpikirkan pasal life sebelum datangnya Covid. I'm sure ramai yang feeling the same way too. Walaupun kini dah masuk tahun ke-2 dengan kebanyakan border telah pun dibuka serta Covid sekarang di tahap endemik - who are we fu*ken kidding? Life was never the same again no matter how much we try to fool ourselves. Tak caya? Tanya je sesiapa dalam life korang (kalau masih ada la) apa pendapat diorang tentang pandemik ni? Gerenti jawapan masing-masing sama je dengan sentimen aku.

Tapi, tujuan aku tulis post ni bukanlah hanya untuk hentam pandemik ni semata-mata. Itu hanya mukadimah saja. Dalam 2 tahun aku tak ke mana-mana ni, I learn a great deal about myself. Now, kalau nak cerita satu persatu, mungkin sampai Raya 2022 ni takkan habis kot, so macam biasalah - aku buat list sikit. Senanglah korang nak baca dan hadam kan?

1.) I turned 30 this year. And surprisingly, aku tak rasa apa pun. Bought a few new gadgets for my birthday, cakes, and few more new glasses. Also, birthday aku kali ni jatuh dalam bulan Ramadhan (again) so yeah... Nak celebrate macam gempak memang tak adalah. Zero wishes from former friends or anyone else sebab aku cut ties dengan ramai orang before and during pandemik. But, you know what? It's okay. You tend to have less friends (or in my case, zero) as you grew older. It doesn't affect me that much, anyways. 

2.) Nothing excites me anymore. Bila kau habiskan most of your time watching movies, tv-series and Youtube time pandemic than mingling with others - nothing could've excite you anymore. Untuk elakkan rasa bosan, aku pun tukar angin. Lately aku rasa musical cam Hamilton, Miss Saigon, King and I, etc best giler. Oh, and I taught superheroes (animated) movies like DC and Marvel are pretty cool too (walaupun sebelum ni aku adalah penentang tegar benda-benda mainstream ni). In my early 20's, jangan haraplah kau berjaya yakinkan aku yang dua benda ni best. Pelik gila macam mana taste aku boleh berubah dalam beberapa tahun ni.

3.) (Non) Vacation all year long. Thanks to the pandemic - holiday, rehat dan yang sewaktu dengannya telah terpaksa ditangguhkan. Last sekali aku pergi holiday, the year was 2019. Before pandemic, okay? Ada passport pun mati tahun depan. My thoughts? Yeah, what you gonna do about it? Tapi, aku tak nafikan bila aku lepak dalam bilik sesekali akan terkenang memori melancong itu. Lately, not so much.

4.) Your Room becomes Your Temple. Minimalism hit me hard pada awal tahun 2018. Time tu, semua benda tak berkenan, aku rasa nak campak keluar je dari bilik aku. Tapi, itu baru permulaannya saja. Turns out, once you take in a new lifestyle and start re-decorating your room; there's no end to it. Finally, in the year of 2022 - barulah aku puas hati dengan design dan juga susun atur perabot kat bilik aku. Seriously, bila kau habiskan banyak masa dalam bilik dari keluar rumah - it's very important to be happy and comfortable.

5.) Stop Comparing and Start Living. Hah, yang ni aku tipu je. Aku tak pernah hidup berpaksikan comparison dengan orang lain. The only battle I ever had is... with myself. Besides, life is too short and why you wanna live like that anyway? Yang aku sibukkan sekarang hanyalah macam mana aku boleh kekal hidup dengan cara dan lifestyle aku sendiri tanpa input dari mana-mana pihak yang tak berkenaan. Itu saja.

6.) It's Okay to be Inspired (or Not). Influencer. Kuasa untuk memilih influence mereka dalam hidup ni sebenarnya terletak di tangan kau. Kerana itulah istilah 'racun Tik Tok' tiada makna dalam life aku. Paling tinggi pun aku layan Tik Tok bila nak tengok video resipi mudah atau lagu-lagu viral yang ada di sana. Kalau di Youtube jangan ceritalah, taip satu keyword - melambak suggestion yang korang dapat. Tapi, tak semua pun aku layan... I found nitpicking dan juga digital detox very helpful untuk membanteras gejala ini.

7.) I Don't Care (Anymore or Not As Much). Pandemik ni sebenarnya sangat bagus jika kau jenis yang malas nak bergaul dan perlukan 'people filter' dalam hidup kau. Siapa yang tinggal, maka orang itulah BFF forever ataupun ada certain makna dalam life kau. Funny story, with an exception of close family members - orang sebegini tidak wujud langsung dalam life aku. Nak kata aku sombomg? Not exactly. Phone and messaging works both way okay? Bila tiada seorang pun yang willingly nak pick up the phone and ask how the other is doing, faham-faham sendiri jelah ertinya seorang 'kau' dalam hidup 'mereka', ya?

8.) Too much me time can makes you feel... lethargic. Okay, aku admit. Aku memang banyak masa terluang sekarang ni. Tapi, banyak masa terluang pun tak bermaksud life ni always take it easy, okay? Kadang-kadang tu, aku rindukan rutin. Sekarang ni, aku nak buat apa pun semua kena plan sendiri-sendiri. Kau bayangkanlah, aku perlukan at least 4-5 item dalam itenarary aku tuh sebelum aku rasa hari-hari ku telah dipenuhi. Sometimes, lonely lah jugak tapi nak wat camne kan? Dah ini jalan yang dipilih maka suka tak suka, haruslah ditempuhi juga.

9.) Easily distracted. Aku tak tahulah sebab peredaran usia atau apa - tapi aku sangat mudah distracted sekarang. Nak kata ADHD, well tak juga... tapi itulah hakikatnya. Sometimes, rasa nak buat digital detox je hari-hari, tapi lepas tu rasa cam rugi pulak sebab banyak benda yang aku nak tengok kat Netflix dengan Youtube terpaksa ditangguhkan. See? Conundrum.

10.) Feeling Nostalgic. Dalam banyak-banyak benda yang jadi kat tahun ni, yang ni aku paling pelik. Aku ni bukan jenis orang yang suka mengimbau benda-benda yang aku dah buat. Post lama aku (kalau kau sempat bacalah kan) jelas menerangkan tentang hal ini. Tapi, lately aku rasa nostalgic gila tentang life aku masa aku kecik-kecik, highschool life, dan lain-lain. Entahlah, tapi aku rasa pelik gila dengan perasaan ni. Macam tak normal lak aku rasa. Tapi yelah, this is what been going on in my life right now.

Okeylah guys. Itu sajalah 10 benda yang boleh aku sharekan kepada korang. Mohon jangan judge sangat sebab life kita as human ni mana pernah perfect kan? So, with that being said and done guys - thank you for reading this entry. Hopefully kita jumpa lagi di masa akan datang, okay? Wasalam.


Sincerely,

Mimi.