Friday, August 16, 2019

Penang Trip 2019: Penang Freak Storm, Entopia Butterfly Farm & Teddyville Museum

Okay, kembalinya aku dalam blog ini adalah kerana nak share pada korang tentang trip aku ke Penang pada minggu lepas (sekitar Hari Raya Aidil Adha). Januari lepas, aku and the fam telah visit ke Georgetown buat pertama kalinya. Sebab tak puas dengan trip aritu, kami ambil keputusan untuk go back to Penang again (2nd trip). Kali ni kami ke area Tanjung Bungah pula. Tanjung Bungah ni terletak agak jauh sedikit daripada Georgetown (kira-kira 10 km). Perjalanan dari Melaka-Penang mengambil masa kira-kira 5-7 jam. Tetapi, oleh kerana hari itu jatuh pada permulaan cuti sekolah - traffic jammednya memanglah tak terkata. Perjalanan yang sepatutnya hanya sekitar 7 jam telah menjadi 12 jam! Wah, rasa macam nak patah balik pun ada. Tambah dengan freak storm yang tiba-tiba melanda sekitar kawasan utara (Langkawi, Perlis dan Penang) yang datang entah dari mana. Omigod... scary wa cakap lu.

Bergegar punggung duduk dalam kereta time ni. Dahla hujan lebat, atas jambatan... dah tu tambah
 dengan freak stormnya lagi... Kau raseee??? 
Sampai je dekat hotel, dah nak dekat pukul 1 pagi. Time kami sampai tu ribut dah pun berhenti. Kami menginap di hotel apartment yang bernama Leisure Cove Hotel & Apartments: 2 Bedroom with City View. Ada ruang tamu, dining area dan juga dapur dan fridge yang besar. Sori, takde picture sebab aku memang mengantuk habis dan lapar time ni. Lepas makan je terus tidur sampai ke pagi. Keesokannya setelah bangun dan bersiap, aku and the fam dah ready dah untuk ke destinasi sekitar kawasan Tanjung Bungah. Ke mana destinasi kami kejap lagi aku habaq mai...

View di sekitar Tanjung Bungah Penang yang dipenuhi dengan resort hotel dan rumah serta apartment kediaman.
Agak berbeza dengan view di Georgetown tempoh hari yang rata-ratanya dipenuhi dengan
historical buildings left and right serta trishaw.
Day 1: Visiting Entopia Butterfly Farm & Teddyville Museum

OOTD: Black and yellow, black and yellow...
Aku gemarkan jacket sebab banyak gila poket boleh seluk masuk barang
 aku kiri kanan haha.
I feel impossible untuk bercerita tentang trip ini tanpa beri update tentang freak storm yang telah berlaku. Now, seperti yang korang lihat sendiri - freak storm yang melanda di sekitar Penang telah mengakibatkan banyak pokok-pokok serta dahan besar tumbang. Korang bayangkanlah pokok besar yang dah berusia puluhan tahun macam ni pun boleh jatuh menyembah bumi dengan mudah sekali. Mana taknya, kelajuan angin ribut tersebut hampir mencecah 100km/jam. Ada gila... Dah macam bawa kereta racing atas jalan raya lak. Btw, kami ke destinasi di Penang naik Grab jer sebab malas nak fikir pasal location dan parking. And, every 5 minutes on the road mesti nampak macam permandangan macam kat bawah ni...

Syukurlah aku dan the fam sampai dalam keadaan selamat.
Not much can be said about the driver and passenger inside white van tho.
Meskipun dalam small shock dengan apa yang berlaku kepada Penang malam itu, the trip must go on. Aku telah membeli 8 tiket untuk pergi ke dua tempat ini iaitu; Entopia Butterfly Farm dan Teddyville Museum. Tiket ni semuanya aku beli di apps Klook sebab dapat 10%. Tu belum tambah user diskaun lagi. Zaman canggih macam ni memang stupidlah kalau taknak gunakan kemudahan dan diskaun yang sedia ada. So, bila dah beli tiket awal-awal camni memang senang tak payah fikir untuk beratur dan sebagainya.

Inside Entopia Butterfly Farm
Hello Entopia, I am here....
Naik letih aku stand still untuk kasi ruang bagi butterflies ni untuk
hinggap kat badan aku. Finally....
Butterfly selfie!! Ahahakss
Isn't they lovely??? Gorgeous honey... absolutely gorgeous...
A close up with one of these hundreds of butterflies.
Archway Entopia yang redup dan mendamaikan jiwa
Mari mengenal spesis-spesis lebah. Oh, look....
Even syiling bilik ni pun dibina bertemakan beeswax.
So adorable.
Yang ini pula bilik untuk mengenal spesis-spesis kumbang.
Aku tak takut kumbang tapi geli juga bila tengok exoskeleton dia.
Syiling dekat dalam bilik ni pun cantik. So colorful...
Wall yang dipenuhi dengan butterflies dan insect.
Lighting dekat sini cantik so aku pun snaplah gambar ni.
Ada macam patung tak??
#mannequinchallenge
Since aku beli tiket daripada apps Klook, pihak Klook telah menyediakan kupon khas untuk redeem ice-cream Butterfly Pea Flower Vanilla ini secara percuma. Dia bagi tiga je sebab aku beli 3 tiket adult dan 1 senior citizen. Ice-creamnya sedap cuma cepat cair apabila didedahkan pada suhu normal di luar. 

RM2.50 / ice-cream.
Sedap di makan pada waktu tengahari yang panas. 
Setelah menghabiskan masa kira-kira sejam di Entopia, kami beredar pula ke Teddyville Museum. Kalau nak tahu, Teddyville Museum ini terletak di dalam hotel DoubleTree by Hilton di Penang dan seperti namanya; museum ini dipenuhi dengan teddy bears!! Haha, aku excited okay. Lagi-lagi bila dapat tahu yang teddy bear ni semuanya di stage agar menyerupai sejarah dan lifestyle in Penang. Antara contoh yang boleh aku berikan adalah seperti di bawah ni; 

Who the founder of Georgetown Penang?
Sir Francis Light, of course. Tapi ini bukan the real him, okay.
Just his bear statue :)
Skodeng auntie bear ni tengah buat apa.
Batik never look so good up close.
Dato' Nicol Ann David& Dato' Lee Chong Wei got their own
bear statues coz they all hailed from here.
Getting some haircut from this abang macha hehe
F.O.C sebab takde rambut untuk di gunting.

Air-Balloon ride with this Pak cik Bear XD
Seperti yang dinyatakan pada description, keseluruhan Teddy Bear di museum ini memang banyak menonjolkan ciri-ciri di sekitar Penang dari segi lokasi, makanan dan juga artis serta ahli sukan. Honestly, memang best cuma rasa macam sekejap sangat berbanding dengan masa melawat museum Wonderfood tempoh hari (hmm harga pun 2x ganda mahal). Tapi, okeylah layanan staff amat friendly so kami berpuas hati. Setelah habis meronda, akhirnya me and the fam pun keluar daripada museum tersebut untuk mengisi perut. Al-maklumlah, waktu lunch kan? Dan lokasi yang telah dipilih tak lain, tak bukan adalah;

Lunch di sini buat kali ke-dua. Memang syioookk...
Tak tahu nak makan apa di Tanjung Bungah, akhirnya kami ke sini je (last time ke Penang pun lunch kat sini juga). Kali ni menu pilihan aku adalah Char Kuey Teow, air kelapa segar, ais kepal dan juga Laksa Penang. Sorry, but tak sempat pulak aku nak ambil gambar sebab dah lapar sangat kan? Entah kenapa, tapi pasembur yang aku makan kali ini macam kurang kick pulak berbanding dengan sebelumnya (mungkin sebab pilih kedai yang berbeza kot?). Anyways, aku and the fam makan dengan lahapnya sebelum balik semula ke hotel kami di Tanjung Bungah.

Church yang berada disekitar Georgetown. Cantik. Nak melawat Tokong yang ada tapi
mungkin di trip yang akan datang.
Day 2: A Chill Day at Hotel, Happy Fresh and visiting The Beach

Hari kedua adalah Hari Raya Aidil Adha 2019. Aku pun tak sure mana museum buka, mana yang tutup dekat Penang ni so malas nak pikir panjang - aku and the fam cuma lepak di hotel jelah sepanjang hari. Netflix and chill katanya only like literally... Fam aku baru buat Netflix subscription last week  (yang RM52 hengget sebulan tu) so of course la harus dimanfaatkan, ye tak? Banyak gila cerita yang aku tengok dekat Netflix guna miBox (Android TV Player). Senang giler idup sejak ada miBox ni. Bosan Netflix, tengoklah Youtube lak. Wifi hotel pun dah sedia include dah tu speed pun laju jer. Channel kat TV? Lupakan saja... Sekarang ni kau sendiri yang tentukan apa yang kau nak tengok (anytime, anywhereI mean, sape je tengok Astro zaman sekarang ni? *yawn.*  

Meskipun movies and tv-series dekat Netflix best, tapi lama-kelamaan bosan gak. Dek kerana kebosanan (dan kelaparan), kami pun orderlah groceries daripada apps Happy Fresh. Happy Fresh ni bukan macam Foodpanda atau GrabFood, dia more macam personal shopper la untuk beli groceries korang. Tak semua negeri ada service apps ni (cuma KL, Selangor dengan Penang je) dan oleh kerana ada rebate RM15.00 for first time order (min RM50 spend) - jadi peluang sebegini tidak haruslah dilepaskan... Banyak juga benda aku order dekat apps ni seperti tissue, sausages, eggs, bihun, air mineral dan lain-lain. Happy Fresh staff tu siap tolong hantarkan sampai ke hotel lagi. Bagus betul dia punya service, naik terharu lak I ohohoh. Oh, and in case korang cam pelik nape aku beli wet ingredients lak, that's because ini hotel & apartments so, bolehlah masak asalkan tahu jaga kebersihan sendiri.

Tapi, groceries je mana cukup... Harus order makan juga, so my bro and I pun orderlah Foodpanda dan GrabFood (McDonalds & Domino's Pizza) hehe. Barulah lush life namanya...

Tak sempat ke Pantai Batu Ferringhi, pergi ke pantai belakang
hotel pun okey jugak. Alah, pantai gak kan?
Memandangkan aku dah berada di area Tanjung Bungah, rasanya macam tak lengkap kalau tak melawat pantai yang sedia ada. Tetapi, cuaca hari ke-dua memang panas terik nak mamp.... So, aku pun terpaksa devise cara lain untuk  ke pantai. Sekitar jam 5.00 petang, matahari dah beransur-ansur redup (sort of), jadi aku pun pergi ke pantai di belakang hotel untuk menikmati bayu laut dan juga pemandangan laut yang indah. Cumanya, aku tak sangka pulak matahari masih tegak terpacak atas kepala dan juga kelibat dua tiga ekor anjing yang merayau-rayau di sekitar kawasan pantai membuatkan aku tak senang duduk. Akhirnya, setelah menghabiskan masa hampir setengah jam, aku kembali ke hotel semula untuk menghirup udara air-cond yang sejuk dan mendamaikan jiwa.

Panas gila tapi sempatlah ambil gambar macam ni satu dua...

Gambar diatas ni adalah gambar yang diambil oleh my bro.
Memang banyak bot-bot kecil kat sini berserta doggie. So,
 hati-hatilah kalau jalan tu or ambil gambar dekat pasir. 
Takut nanti terpijiak tahi lah pulak.


Day 3 (Final Day): Going Home

Okey, last day dah so nak bertolak balik ke Melaka semula. Cantik gila lobi kat luar ni so sempatlah aku ambil gambar macam ni. Honestly, trip kali ni agak menyeronokkan walaupun aku rasa agak menakutkan (freak storm) dan kurang tempat untuk shopping atau beli souvenir. Anyway, tak kisahlah sebab bagi aku trip kali ni boleh dikira sebagai success. Tak tahulah bila lagi kami akan ke Penang semula so I'm so glad that this trip end the way I want it.

Goodbye, Tanjung Bungah... It's been nice and fun, but its
time to get back to my own life.
The ever famous Penang Bridge. Goodbye, see you again.
Baiklah, sampai sini sajalah dulu coretan pengalaman aku ke Penang itu hari. Thank you for reading and I guess I see you all soon on my next post. Not sure what kind of post I'm gonna make but do stay tune anyway. Bye bye!

Yours Truly,
Mimi