Monday, July 16, 2018

Cameron Highlands: Finding Hydrangea & Strawberries

Cameron Highlands adalah sebuah tempat percutian yang banyak meninggalkan kenangan manis untuk aku. Kali pertama aku kesini adalah sekitar May 2007. Tahun tu aku ambil peperiksaan PMR (now known as PT3). Time kelas tambahan lagi melambak. Pedulik pe aku pergi gak. Siap missed kelas extra lagi. Huhu, cuak gak time tu kalau aku tak score straight A's ke apa sebab terlepas kelas. Thank God berjalan pun dapat, straight A's pun aku sebat. Bagus kan? Ya, memang kena bagus kalau tak, gerenti dah kena sebijik dengan bapak aku. lolz

So, the other day aku tengok balik gambar-gambar lama time vacation aku tu. Serius, kelakar kot... Dengan chubbynya aku berserta fashion sensenya yang ntah apa-apa. Terus terang aku cakap, aku tak suka nak look back benda yang aku dah buat or achieve, but untuk trip ni - aku kentalkan jugak. And guess what? Aku tak regret pun tengok gambar-gambar tu semua. Why? Ya, walaupun aku chubby dan takde fashion sense - I remember being happy because I was having a good time with my family.

Anyway, getting back to the point of today's post, aku nak update yang aku ke Cameron Highland buat kali ke-duanya a few days ago. Yes, I know Malaysia je (kot), ko takyah update pun takpe (lainla kalau gi oversea) but what do I care? Bagi aku, asalkan aku puas hati dengan trip tu dan rasa macam ada something worth sharing - aku akan post di sini. Dah memang itu function blog ni pun. Personally, travel oversea bunyi memang best, tapi domestic lebih hassle free. Also, kalau travel oversea kena fikir budget (different currency rate and all). Leceh. Travel kat negara sendiri - boleh spend dengan lavish sikit. Lush life katanya...

R&R Dengkil: Sempat order ice cream dekat Baskin Robins sebab ada promo sempena demam bola.
This ice cream is on of my favorites - Royale Chocolate Mousse 
Bila aku compare antara trip aku ni dengan 2007, aku dapati banyak kelainannya. Antaranya, location guide. Kalau dulu nak pergi melawat Strawberry Farm ke atau kebun bunga mesti kena tanya orang atau sibuk cari tourist guide bagai. Sekarang, dengan adanya teknologi seperti smartphone, internet & aplikasi (waze); tidak perlu lagi. Taip je one word, berpuluh suggestion yang akan muncul. Dari rating dua sampailah the most popular tourist attraction. Dari yang di tengah-tengah bandar hinggalah ke rural area. Dari free hinggalah berbayar. Aku ni dah tentu-tentulah nak yang free admission je pasal I like to win. :")

Yes, muka happy pasal dapat tidur hotel yang memang mantap.
Kalau ada sesiapa yang nak spend weekend di Cameron Highland,
aku cadangkan tinggal di Avillion Cameron Highland.
Memang cecah beratus semalam tapi hotel ni baru, modern dan
sangat family-friendly. Service pun tip-top je.
Satifiaction level = 100%
So, trip ni aku pergi 3 days 2 night with my family members. First day mainly hanya lepak di bilik hotel dan selfies jer. Banyak gak selfies dan video yang aku ambil. Yes, video. For those who don't know, aku dah lama quit FB dan Insta sebab aku lagi prefer vlogging. Masuk tahun ni dah nak dua tahun dah aku daily vlog dan total video yang aku produce dah nak cecah ratusan. Quality pun makin lama makin best. Di sebabkan I like vlogging so much, aku tak miss langsung social media aku. Haha, that's a lie. Gambar-gambar di Insta baru pun sudah mencecah ratusan tapi masa buat dulu aku terus set mode private sebab nak jaga privacy dan lifestyle aku. Mohon jangan cari atau request pulak.

Time aku ke Cameron dulu aku budak lagi. Mana tau apa benda semua... Sekarang ni leklek je aku navigate jalan di yang berliku-liku tu pakai apps. Bukan susah pun. Signal 4G kau lagi-lagi bila dah sampai kat Tanah Rata. Itenerary aku ke Cameron adalah untuk a.) Beli Strawberry and straight makan kat situ b.) Singgah ke Cameron Valley Tea House untuk menikmati secawan tea panas serta enjoying view ladang teh dan c.) Cari bunga baru untuk garden dekat rumah aku. Achievable goals, kan? Which is why, semua yang aku plan runs smoothly...

Aku ingat nak kena travel Europe atau Jepun je untuk jumpa spesis bunga ni... Rupa-rupanya dekat Cameron
 ni pun ada. For those yang tak tahu, bunga ni namanya Hydrangea atau Bunga Tiga Bulan. Cantik kan?
Bunga ni merupakan bunga favorite aku.
Antara benda menarik (bagi aku) yang terjadi masa trip aku ke Cameron adalah bila aku terjumpa dengan bunga di atas ni. Pergh, excited gila aku jumpa Hydrangea secara live. Dah la live, besar lak tu... Yes, when it comes to flowers - the bigger the better... Sebagai self-proclaim green thumbs, aku sangat menghargai tumbuh-tumbuhan ni. Sebab tu lah every year on my birthday - akan ada satu ritual di mana aku bawa new plant into my home. For the entire year aku akan jaga plant tu elok-elok. Then, after a year is over and after aku rasa pokok tu boleh hidup sendiri, aku akan bring another plant dan jaga plant tu pulak and the circle continues. So far dah ada 6 plants under my care and semuanya masih healthy and alive. I love bringing a new life into my world.

Memang cantik gila. Aku sebenarnya nak bunga ni warna biru
tapi dah takde tu - color pink ni pun jadilah.
So, kenapa aku suka sangat bunga hydrangea ni? No particular reason. Cuma rasa affinity yang tak terunggap around bunga ni. Anime yang aku tengok tu pun selalu buat reference pasal hydrangea je so mungkin subconsciously telah di brainwashed untuk menyukai bunga ini tanpa sengaja. Huhu. One of the best thing pasal hydrangea ni adalah once ia berbunga, ia akan terus mekar sehingga tiga bulan! Lama tu so memang untung kalau tanam. Also, bunga ni pun special juga pasal boleh bertukar-tukar warna mengikut keasidan/ kealkalian tanah tanaman dia. Ha, tu yang best tu.

Ok. Dah jumpa Hydrangea & Strawberry.
This post is now complete.  
Like I said, itinerary pertama adalah untuk menikmati buah Strawberry yang manis lagi lazat. Selalu beli kat supermarket aku for sure akan dissapointed pasal buah rasa masam dan mahal gila (RM7+). Beli dekat sini baru RM5. However, aku perasan yang buah Strawberry besar sebenarnya lagi manis daripada yang kecil (around RM10) so aku recommendkan beli yang tu je. Memang mahal sikit tapi kepuasan hati tu terjamin.  

Ah, these Hydrangea beds feels GOOD~
Kalau nak ikutkan, nak je aku tidur sini sampai malam.
 Adakah ini yang dinamakan obsesi?

More picture aku dengan bunga ni. Lol.
Serius sama besar dengan muka aku.
I'm so jelly... jelly...~
Antara roses breed yang ada di sini.
Actually dekat Cameron ni ada banyak lagi pokok bunga yang lain seperti Roses, Orchid, Cactus dan sebagainya. Nak beli bunga bawak balik rumah pun takde hal. Cuma jangan petik bunga sudahlah pasal awal-awal lagi dia dah bagi sign dilarang memetik bunga kat situ which is obvious through this picture below.

No plucking, alright?
Selain daripada pokok hydrangea, aku enjoy pine trees jugak.
Setelah melawat ladang Strawberi, my family and I decide nak go for lunch and jalan-jalan pulak dekat sekitar town centre dia. Niat nak beli souvenir memang takde tapi found this cute Strawberry headpiece pulak so I decided to put it on. Boleh tahan cute. Oklah nak buat modal bergambar sebab nak beli rasa macam takde function pun.

Here's the Strawberry Headpiece
Like I said, aku suka bawa balik new plant into my home and life. Before leaving the place, sempat je aku beli sepasu Hydrangea dan 6 mini succulents. Tujuannya bila hydrangea tu dah berkembang biak, aku akan expand kat tempat lain. Mini succulents pulak for indoor decor because aku ada plan untuk built my own terrarium.

Ni lah dia succulentsnya. From left top - n/a, Mammillaria (Pincushion Cactus) & n/a
Left bottom: n/a, Sedum morganianum (Donkey Tail) & Cactus.
Sorry aku tak tahu name everyone yet.
Night time di sini memang best. Sejuk and redup je. Biasa kalau lepak kat kedai makan lama-lama boleh berpeluh la tapi sini rasa cam nak tidur pulak. Dinner kat Old Town sambil menikmati angin malam memang mengasyikkan. Cuma yang tak bestnya makanan mudah sangat sejuk disebabkan cuaca sekeliling yang hampir mencecah 18 darjah Celcius.

Dry Mee Curry from Oldtown Cafe.
Again, my favorite to-go menu kalau makan kat sini.
Air Sky juice je sebab dah banyak sangat minum minuman yang manis-manis sedari pagi.
Aku tak bolehlah nak minum air manis banyak sangat dalam satu hari.
Nanti aku jadi anxious.
Try golf cap my dad sebab rasa cam comel.


So, moving on to the next day, second itinerary adalah untuk singgah ke Cameron Valley Tea House untuk menikmati secawan tea panas serta enjoying view ladang teh. Yang ni aku save last day sebab senang on the way balik. Trip 2007 aku pergi jugak Tea House ni tapi time tu macam takde apa sangat. Menu kurang, service pun macam nak tak nak je. Mujurlah this time diorang dah tambah menu dan  dah ada varities of drinks to choose from. Customer pun ramai je. Viewnya masih sama macam yang aku ingat cuma aku tak singgah melawat ladang teh.
Teh dekat sini ada macam-macam jenis. Yang aku pilih ni regular dan harganya RM15.00
for one mini pot & 4 cups. Aku also add on Matcha Cake & Strawberry Cheesecake. 
Here comes the cake! Rasa takyah explain mana satu
 Matcha, mana satu Strawberry Cheesecake kot...
On the way balik, sempat je aku singgah dekat farmers market. Aku pernah nampak dalam blog yang ada orang beli bunga from Cameron untuk decor dekat rumah. Even though I know the flowers will confirm going to wilt in 2-3 days, aku beli juga. Tak mahal pun bunga warna-warni ni, cuma RM5.00 je. Bunga ros dia mahal sikit (RM10 for 8 stalk). Tak apalah, dah layu nanti boleh buat potpuri untuk letak kat tandas. 
Balik rumah je terus masuk dalam pasu kaca.
Tu pun dah boleh nampak dah bunga rose tu dah start layu.
Jadi potpuri la kau lepas ni....
Harga asal RM6.00 tapi dia kasi discount sehengget.
Maybe because I comel kot? teehee.
Antara teh yang telah dibeli. Aku tak berapa suka sangat souvenir.
But I love tea so aku tak rasa membazir bila beli ni.
Aku pilih mixed flavour because nak rasa semua tea under Cameron Valley flag. 
Oklah, sampai sini jelah dulu update family vacation aku kali ni. Insyaallah ada rezeki ke tempat lain pulak lah kita. Destinasi dah lockdown, tinggal implementationnye je yang kena diusahakan. Anyways, thanks for reading this entry. See you soon on my next post. Bye bye.

Yours Truly,
Mimi Said