Saturday, December 31, 2011

2012: HNY people !!!


HAPPY NEW YEAR everyone! I hope you'll having a blissful year of 2012 as 2011 walked away and leaves us with 1001  memories to treasure. So far this is the shortest post I had ever posted. LOL there.I just want to say thank you so much for all those time your spend reading this blog and once again,Happy New Year!. Thanks again and I really hope you could stick around for another year with my future post. Bye now!



Tuesday, December 20, 2011

A Night at Pesta Dongzi KIY,UKM Bangi

Disebabkan aku selalu sangat mengupdate blog ni, let me just shoot straight to the post. Macam biasa. setting aku masih di UKM (amboii... 1st year student la katakan. Everything is still fresh and new, Tu pasal yang rajin update tu). Post aku kali ni tak kurang menariknya juga pasal inilah first time, aku berpeluang pergi pesta yang dianjurkan oleh orang Chinese. Bukannya nak jadi racist ke apa, tapi bila ada pesta kaum lain buat ni; biasa memang susah sikit parent aku nak lepaskan. Yelah, benda baru kan - macam-macamlah prasangkanya. Anyway, ni aku dah jadi student ni; barulah nak merasa sikit join pesta-pesta macam ni.

For starter, pesta yang disambut oleh kaum Chinese ni sebenarnya banyak tapi yang biasanya kita dengar adalah; Perayaan Tahun Baru (Chinese New Year), Pesta Tanglung (Lantern Festival), Hungry Ghost Festival dan lain-lain. Selama ni memang aku ingat itu ajelah pesta yang mereka sambut (forgive my ignorance, I'm still learning). So, that's why bila aku masuk UKM: it is the first time I'm hearing about Pesta Dongzhi. Ignorant punya pasal, aku actually ingat yang Dongzhi tu nama kelab. Nasib je penganjur program faham kewujudnya manusia noob macam aku yang masih tak tahu perayaan kaum lain - yang dia orang pun tampal info serba sedikit mengenai perayaan ni.

Untuk pengetahuan korang, Pesta Dongzhi ni sebenarnya adalah Festival Musim Dingin. No wonderlah aku perasan ada icon 'Snowman' dekat tabir pentas tu. Dari apa yang aku baca, pesta ni kebiasaannya di sambut dengan saudara-mara terdekat (adalah makanan khas dia macam dumpling) dan juga sebagai tanda yang tahun baru yang bakal menjelang. Now, aku memang tak expert pasal perayaan Chinese ye, so aku percaya jelah apa yang dia tulis tu. Honestly, aku cuma boleh bayangkan pesta ni disambut dekat China je (pasal Malaysia ni mana ada musim sejuk) and as a tradition; kaum Chinese di Malaysia ni juga masih terus meraikannya, Bak kat pepatah: biar mati anak, jangan mati adat.

Antara attraction utama pesta ni... ya, dah tentu-tentulah yang kat bawah ni. Haunted House. Pasal dah lama sangat tak masuk (4 tahun lepas) dan memang dah teringin sangat: aku pun mintaklah kawan-kawan aku Amyera dan Naz tolong temankan. Haha... Nasib baik jelah dia orang ni rajin melayan...

Kebanyakan picture ini diambil oleh Amyera, so many credits and thanks to her...                                     
Apa-apa pun kita pose dulu ye before masuk....
Haha... cam apa je hantu perempuan tu.. Muka ganas. 
Amyera dengan lantern ( I think)

Wah! Dragan besar...
Walaupun 'Haunted House' tu taklah sebesar mana - my friend and I still had some much fun that night! Enviroment happening, hantu-hantu awesome dan makan-makannya agak memuaskan. Maaflah, tak teringat pulak nak tangkap gambar untuk kasi upload kat sini. Next festivities, perhaps...

That's all for now, till next time. Wasalam.

Sincerely: Mimi Said

Saturday, December 3, 2011

Christmastime at MidValley,Megamall

Rasanya baru je berapa hari lepas aku post, kali ni post lagi... Muahaha. Terlebih rajin la pulak kan?
Al-maklumla, hujung tahun... Active la sikit aku merayap memana kan...

This time punya post, aku nak cerita sikit pasal aktiviti yg aku buat dengan roommate aku on our very first outing. This activity is one of my favourites: watching movie. A bit excited sikit sebab this is first time aku nak round-round KL tanpa supervision parents aku.

Kisah outing aku ni bermula bermula bila kawan kepada roommate aku, Tirah datang melawat ke bilik kita orang dan minta temankan tengok wayang 'Ombak Rindu' lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz yang tengah meletop tayangannya kat Malaysia sekarang ni (tiket asyik sold out jer memanjang) dekat MidValley Megamall. Aku yang tak pernah merasa ke sana / naik Keretapi Tanah Melayu (KTM), amikla this opportunity untuk tag along. Diaorang nak beli tiket awal (karang habis pulak lagi), so aku mintaklah dia orang toling belikan sekali tiket tu untuk aku.

First checkpoint - macam biasalah kalau korang student UKM, menunggu bas 6K-6Z UKM tuh sampai. Kalau berduit sikit and korang in a hurry, bolehlah naik teksi ke (mahal sikit) atau bas rapid kl (RM1.00 sekali naik). Nak jimat punya pasal, kami decide tunggu bas aje. Adalah menunggu sampai nak dekat sejam. Once bas sampai je, kita orang terus hop in. At first, aku ingat jauh sangatlah KTM tu dengan UKM tu. Tak lah pulak aku tahu wujudnya station KTM berhampiran dengan UKM ni. Oh, dekat rupa-rupanya....

Tiket yang kitaorang beli from UKM to Midvalley (2 way), harganya cumalah RM 6.40. Murahlah kan tu. Kenapa aku tak naik bas atau teksi je? Well, yang itu terima kasih banyak-banyak dan kirim salam sajalah. Aku tak nak perabis duit sebelum sampai Midvalley oii...


Dari UKM ke MidValley ni adalah lebih kurang 7 stesen yg aku lalui. Tak ingatlah pulak aku kan, semua nama stesen tuh. Seriusly, time kat dalam KTM tu teramatlah crowdednya. That's givenlah since hari yang kita orang pergi tu pun, hari Sabtu. Aku perasan ramailah jugak bebudak U dok naik KTM nk pergi MidValley nih. Rata-rata maybe datang sini untuk lepas tension or lepas penat belajar mcm aku gak- yelah tuu.



Laluan yang menghubungkan antara KTM dengan MIdvalley.
Di sebabkan wayang start pukul 2 pm, kita orang pun ronda-rondalah di sekitar MidValley ni, intai-intai apa yang ada kat sini. Banyak sungguh kedai-kedai kat dalam ni. Yang kurang cuma duit di kocek jer.. ahahahakss... 

Permandangan dari atas... Korang nampak tak topi pink tu?
Hehe, terasa nak rembat la pulak....            
Adakah ini yang dinamakan 'White Christmas'
macam lagu-lagu Inggeris kat radio tu?
                                      
                                                       Kami tengok wayang kat sini.... :)
                           
                                            Vintage Charmbracelet: Sangat cantik tapi agak mahal
                                            berbanding charmbracelet biasa.
Myself. Peace everyone. 
Sekian saja cerita aku mengenai visit ke Midvalley kali ini. Sorilah, aku malas ya amat nak buat review ke apa kejadah untuk filem "OMBAK RINDU"tu.  Tapi, kalau korang nak tahu juga - ini jelah serba sedikit inti patinya... Diaorang tak gunakan 100% jalan cerita dalam NOVEL untuk FILEM ni. Possibly nak elakkan jalan cerita dari meleret. Dah, itu aje. Korang boleh expect no spoiler from me.

Sekian sahaja post aku untuk kali ini; Wasalam.

Sincerely: Mimi Said.