Aku punya warna Silver tu... picture credit: Google image, what else? |
Tiga tahun lepas, adik lelaki aku pun hadapi masalah yang sama dengan mp3 die. Sampai terpaksa beli mp3 baru kau.... Baru je semalam aku show-off kat dia, kata yang mp3 aku dah tiga tahun pakai, sekali pun tak pernah rosak (kes nak bangga diri). Bila kena je 'empty disk' camtu, barulah terasa ko. Aduss, kenapalah aku berlagak sangat? Kan dah kasi malu kat diri sendiri?
Time mulalah nak cakap dekat diri sendiri "Inilah balasan TUHAN", tetiba otak aku mendapat satu idea yang brilliant. How about aku selesaikan masalah ni instead cry me a river? I mean, what worse could happen, right? My mp3 already broken. So, aku pun start la bina pro's dan con's dan inilah hasilnya:
2.) Aku dapat betulkan mp3 adik aku 3.)
3.) Aku tak payah beli mp3 bru (ni sama je cam yang first ni?)
Dek kerana tak nak kehilangan "best friend" yang aku dah pakai bertahun lamanya ni, aku pun cekalkan hati untuk mencuba... Berbekalkan semangat yang 50-50, maka aku pun startla menaip kat Google; "How to fix a broken mp3?". Banyak search result keluar, semuanya mengarut-garut. But, after pusing punya pusing, carik punya cari... akhirnya aku pun mendapat jawapan yang ku kira sebagai bernas iaitu...
REFORMATTING!!
Memula aku tukar jadi folder NTFS, then format balik segala bagai supaya aku dapat savekan 121 lagu dalam mp3 aku... But, ku sangkakan hujan hingga ke petang tetapi panas di tengahari. Tak boleh bukak la pulak! DANG IT! Baru je nak senyum, kan?
But then, dalam mulut mula nak menyumpah, dalam hati pulak start kata;
"Ko salah format kot Mi? Cuba tukar jadi default file pastu format lagi sekali! Manalah tahu boleh ke?"
So sebabkan hati aku pun masih belum terluka dalam sangat dan aku taknak putus asa, aku pun terus mencuba. Dalam menanti dia format balik tu otak aku dah melayang fikir; "Merasa gaklah aku iPod Nano tahun ni, kalau mp3 ni tak boleh diformat balik". Sambil senyum senyum cuak, aku pun tryla savekan balik 121 file lagu tadi dalam mp3 yang baru aku formatkan. Hati dah berdebar-debar tahap karma.
Sekali, DING!
Ada lah... Semua file lagu yang aku dah download tu ada! Perghh, punyala hepi aku... rasa nak menari-nari pun ada.. Syukur selamat duit aku... Kalu tidak... bye bye sajelah MP3 B232 NEPTUNE-MWALKER aku tu... Punya la lega ati aku... So, nampak gayanya dapatlah aku betulkan mp3 adik aku yg dah rosak tu pasal brand die same je ngan aku. Cuma yang tak pastinya tu, tak tahula menda alah tu ada lagi ngan dia ke tak..
So, secara konklusinya.... hari ni memang betul-betul mengajar aku sesuatu. Jangan cepat putus asa dan jangan terlalu mudah untuk cuak. Cuba bayangkan kalau give up je tadi, bukan saja duit gerenti melayang, kompem aku takkan belajar reformatting atau apa-apa pun!! So, hari ni aku belajar benda baru yang amat penting di masa depan. Mudah-mudahan aku tak mudah putus asa kalau aku alami masalah yang serupa.