Monday, May 31, 2010

Three (3) Weeks after Entering KMJ - My 1st Time Touching the Keyboards

Pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan (kalau campur this weekla), aku berada kat KMJ ni Perggh, environment die memang gile-gile punya lain. Kalau nak di comparekan dengan sekolah highschool biasa tu, mmg tak same punyalah. So, apa yang lainnya? Well, first of all, jadual waktu kat sini agak padat, tapi subject yang diambil kurang. Contah macam Sem 1 ni. Aku cuma amik 6 jer which is Biology, Chemistry, Mathematic (kat highschool ada dua; Math & Add Maths), English, Pend.Islam and Ko-kurikulum (Ko-Ku) ajer. Sikit kan? Semester 2 pun lebih kurang sama je dengan sem 1 cuma certain subject macam Pend.Islam dan Ko-ku akan ditukar kepada subject lain (e.i: Computer dan Kemahiran Dinamika *belajar etiket*).

Anyway, so bila dah dapat touching-touching keyboard after 3 minggu ni, rase kekoklah pulak. Pulak dah? Time kat matrik sampai termimpi-mimpi. Anyway, memang terasa 'kekekokkan; (is that even a Malay word?) yang takleh di nafikan... Ah, nevermindo. Asalkan dapat aku lepaskan kerinduan aku menulis kat dalam blog ni pun aku dah cukup puas hati.

First week kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), sejujur-jujurnya aku cakap - aku punya lah betul-betul homesick. Mana taknya, selama ni aku mana pernah tinggal internet, TV, air-cond ..etc tu semua (hehe, pampered tak pampered ko rase?), but then bila sampai sini (KMJ), semua facilities tu just GONE! Aduss... Tak biasa pulak la aku 'susah-susah' ni... Okey, sebelum korang muntah hijau dengan confession yang tak berfaedah, jom kita pecahkan amende je aku buat dekat KMJ ni sampai hampir 3 minggu tak touching keyboard?

Minggu 1: Minggu Pendaftaran Pelajar

Ya, bagi sesiapa je yang baru masuk ke kolej, mereka seharusnya tahu bahawa minggu pendaftaran pelajar baru sememangnya meletihkan. Bagi yang dah terbiasa dengan keadaan di asrama penuh, mungkin tak terasa sangat, but I come from highschool biasa punya background... Time pendaftaran lu pun cuma makan 2-3 hari je. So, mana biasa layan pendaftaran sampai seminggu ni... Anyway, long story short - minggu pendaftaran amatlah meletihkan sampai aku pun tak ingat sangat apa yang aku buat. Tapi, apa yang pastinya setiap jam pasti akan dipenuhi dengan aktivitas-aktivitas (asal aku tulis ejaan Indo ni tetiba?) sampai aku takde masa nak ketip kuku dan korek hidung pon (true story).

Minggu ke-2: The Lecture Begin

Okey, selesai first week, jom kita cerita pulak pasal minggu kedua. Yah, minggu di mana sesi kuliah pun bermula! Seriously, minggu kedua ni memang aku blur gila. Belajar pun entah hapa-hapa je yang masuk. Rasa penyesalan memasuki matrik even though tak minat subject science pun mula terasa... But then, aku bila aku renungkan balik, macam tak guna je rasenya aku ni because tak nak berusaha untuk tingkatkan skill study sedangkan bebudak lain pepandai gilak... So, demi menyedapkan hati sendiri serta tekad untuk berubah, aku pun amik buku and start buat latihan macam everyone else. Rasa-rasa macam tak faham ke apa, aku startlah tanya orang.. Kenal ke, tak ke - aku bantai je tanya asalkan hati aku puas... Hahaha. So, by the end of the week; aku taklah blur sebagaimana first day. Kira cepat adapt environment gak aku ni, kan? Al-maklumlah, diri mau survive kan?

Minggu ke-3: Semi-vacation, yeasss!!

So, 3rd week agak special sikit because minggu tu aku cuma 4 days class only before I balik kampung. Pergh, last day nak balik tu pulak ade quiz math. Layan sajalah quiz walaupun hati ni dah macam; "Woo! Get me outta here. Aku dah tak sabar nak balik!". Dahla hari sebelumnya pulak tu ada quiz chemistry. Lolz. Aku dahlah memang 'takde chemistry' dengan chemistry wei! Kalau ada special 'bond' ke apa, memang kompem putus di tengah jalan. Lolz. But, aku but jugak muka pseudo- confident jawab walaupun hati ni tak berape nak yakin. So, yeah - when allz the quizzes are 'ovaaah' (over) - aku pun pack barang-barang and head home. Tiga hari dua malam cuti tu, wei... Maka, bermacam-macam lauk jugaklah mak aku masak. Sampai rasa nak explode perut makan tapi demi masakan ibu punya pasal; rela kuharungi semua. Masakan boleh ku, refuse? (Indo lagi) As for my little bro, well dia asyik berkepit je dengan aku sepanjang aku kat rumah:) (x dela, just kidding). Yelah dah lama tak nampak batang idung kakak die padahal baru 3 minggu aku chow. Rindula tu...

Minggu ke-4: Back to the college, baby....

So, I'm back at KMJ again... Minggu ke-4 di mulakan dengan lecture bersemi experiment chemistry... And of course, accompanied loyally with tutorial exercise. Anyway, as I am writing, actually banyak (tutorial) yang aku tak buat lagi. Huu, pemalas betul aku ni. Tengoklah, siap boleh lepak layan writing blog lagi..( haha, biasa bro kalau nak lepas tension). Anyway, on my defense - that's because I suka take things slowly sebab lagi tenang jiwa.

Anyway, I better stopped writing now. Penat lak. Lepas ni tak taulah plak apa yang aku bakal update kat blog ni. Mungkin akan ada post yang menarik, bagus atau post-post bodoh nanti? Entahla... I can say myself. Heharap aku dapat uruskan masa aku dengan lebih baik lagi lepas ni. That's all...

Thank you for reading this post. Goodbye for now.

Friday, May 7, 2010

Twilight Saga: Eclipse .....Oh YEAH!

picture credit: Google image.
Hanya tinggal sebulan lebih je lagi sebelum Twilight Saga: Eclipse being launch!! Tak sabar-sabar aku.. Aku baru sahaja beli DVD Twilight Saga: New Moon last week and GUESS WHAT? I love it!! To be honest, citernye lebih kurang sama jer macam Novel BUT cam biase director and screenwriting people adjust sikit untuk tak meleret-leret. Anyway, memang superb!.. I really-really like it!  Most of the reason is because Edward Cullen (Team Edward) is soooo cute!

However, kali ini aku dapat rasakan attraction lain masa aku tgk New Moon tu. Attraction yang dimaksudkan ini adalah attraction aku terhadap dua karekter ini iaitu; Alice Cullen (Edward adopted sister) and Carlisle Cullen (Edward adopted father). I'm not sure why, but kedua-dua characters ni sangat interesting bagi aku sehingga meninggalkan kesan yang agak mendalam di dalam kepala hotak ini... That's why, masa tengok movie ni pun, mata aku hanya ditumpukan kat dua watak ni aje. Alice nampak comel gile and so happy-go-lucky while Carlisle pulak; well he looks so cool,handsome and very very kind. Pasal Bella lak, haha malas aku nak citer lelebih... Filem nombor satu kayu, nombor dua pun sama je. Not so much amazing... Edward looks mysterious dan lelain character tu aku x amik kisah sangat. Haha.

But that's the thing, I don't think I'll be around masa citer tu di siarkan kat pawagam nanti (matrix). So, nak tak nak, terpaksalah menunggu DVD keluar je. Well, that's okay pasal aku awal-awal lagi dah mintak adik aku tolong adik aku belikan supaya aku boleh tengok masa balik rumah nanti. ;)

Thanks for reading this entry. Goodbye for now.

Thursday, May 6, 2010

Going away to Matrix!! Wish me luck, okay?

Pejam celik, pejam celik... Dah hampir 2 bulan semenjak aku dapat result SPM 2009 aku... Nak kata okay, tak la ok sangat... Nak kata teruk, tak la teruk sangat pun.. Dari sembilan-sembilan subject tu, aku berjaya untuk dapat 5A sahaja... Well, memang dari mula sampai ke akhirnya, aku dah boleh ramal yg aku boleh dapat tu aje. Dah exam monthly, result camtu je memanjang. Nampak gayanya ramalan aku tu teramatlah tepatnya. Haha, anyway aku bersyukur gile dengan apa yang aku dapat... Semenjak "peristiwa" tu, aku dah semakin banyak belajar untuk terima kekurangan diri aku seadanya dan tak malu untuk mengaku bahawa setiap kekurangan dan kesilapan tu datangnya dari diri aku, dan bukannya org lain. Mungkin korang tak faham, but who cares, right?

What had passed shall always remain in the past. No matter what 'they' say behind me, I'll keep moving forward...

Anyway, sekarang ni hati aku sedikit lega.. Mana taknya, selain dah dapat result SPM, lesen P aku pun dah lepas... Aku start belajar kereta dalam awal bulan Feb-April 2010 gitu. Finally, after usaha yang gigih mempracticekan kereta di parking lot - tanggal 22/4/2010 dpt gak aku melihat lesen P tu. Lepas gak aku mendapat lesen keta lepas 3 kali test dengan JPJ - part 1 and 2. Alah yang part naik bukit, parking dengan tiga penjuru tu. Setiap kali amik, mesti ade satu part sangkut. Haha. Teruk tak teruk? :P (Jangan korang 'ye' kan pulak, or aku sekeh sorang-sorang nanti).

Untuk permohonan IPTA (UPU) dengan Matrix pulak, aku tak risau apa. Dedua aku dapat (fuh, nasib baik). Dahla dedua menda alah tu je yang aku apply. Mampus kalau tak dapat salah satu dan lagi naya kalau takde satu pun yang sangkut! Syukur, dalam diam-diam; nampaknya gayanya ALLAH masih bagi peluang ke-2 tu kat aku... Aku terima peluang ini dengan rela hati.

So, dengan dua aje tawaran but satu saja PILIHAN! Tough decision. Akhirnya, seteleh hot discussion and compromise dengan parents aku - aku memilih ntuk masuk ke Matrix. Yeah~ Even tough aku dapat tempat dekat UITM, aku tak pergi la sebab dapat Dip je. Malasla aku. Tiga tahun of my life tu, guys. Parents aku sendiri pun tak galakkan. Nampak gayanya terpaksala aku berusaha keras untuk bersaing ngan bebudak lain di matrix nanti. Al-maklum sajalah, aku ni bukannya power sangat subjek-subjek killer cam Bio, Chem and Fizik tu semua. Doa dan usaha sajala yang mampu aku taburkan. Heharap adelah kengkawan yang baik hati yang boleh tolong aku kat KMJ nanti..

Itu sajalah luahan hati aku sekarang ni.. Aku dah nak kena stop main Facebook and Myspace.. Lepas ni belajar ajelah yang jadik sarapan, lunch, dan dinner time aku.. Mudah-mudahan aku lepasla Matrikulasi ni agar dapat sambung peringkat ijazah pulak.. Bidang aper, aku sendiri pun tak berapa nak sure... Yang pastinya aku akan usaha lebih!! Ganbatte!

Thanks for reading this entry. Goodbye for now.